
MRT Laluan Putrajaya Percuma! Sehingg 31 Mac!
GAYA HIDUPMarch 16, 2023 - 11:38 AM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya akan ditawarkan secara percuma mulai hari ini bermula pukul 3 petang sehingga 31 Mac 2023.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambang percuma untuk perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) untuk Laluan Putrajaya.
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) March 16, 2023
Menurutnya, tambang percuma itu melibatkan semua 36 stesen dalam laluan itu dari Stesen Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral.#AWANInews pic.twitter.com/MQpgNq7baN
Anwar berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Pembukaan MRT Laluan Putrajaya secara sepenuhnya di Depot MRT Serdang di sini hari ini.
Katanya, pemberian perkhidmatan percuma itu melibatkan keseluruhan laluan Putrajaya merangkumi 57.7 kilometer (km) yang terdiri daripada 36 stesen bermula dari Kwasa Damansara ke Putrajaya.
Sementara itu, laluan terlibat meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya, dan Putrajaya.
Terdahulu, MRT Corp menerusi ciapannya di Twitter memaklumkan, MRT laluan Putrajaya ini mempunyai 10 stesen pertukaran dan sambungan di sepanjang jajaran 17 stesen akan mempunyai kemudahan letak kereta dengan jumlah 5,870 ruang parkir.
Destination:
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video