Selepas Anabelle, Kelibat Pocong Pula Muncul Di Stesen MRT

GAYA HIDUP
August 02, 2017 - 02:11 PM


Macam-macam kisah tentang Transit Aliran Massa (MRT) ni. Baru sahaja di lancarkan ada saja cerita viral tentang MRT. Semalam kecoh tentang patung Anabelle, hari ni dikatakan ada kelibat Pocong pulak kat stesen MRT. 

Stesen MRT yang di maksudkan adalah station MRT Cheras. Gambar kelibat pocong itu dikatakan telah berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) kini tular Facebook, Twitter dan beberapa group aplikasi Whatsapp.

Kerana gambar itu ada di kalangan netizen melahirkan rasa gerun untuk menggunakan perkhidmatan tren itu pada waktu malam bimbang terserempak atau diganggu lembaga itu.



Berdasarkan maklumat yang tersebar, imej itu telah disedari oleh anggota keselamatan yang bertugas di bilik kawalan namun tidak dinyatakan bila kejadian itu berlaku.

Apapun, gambar tular itu tidak dapat dipastikan kesahihannya selain tarikh dan dan lokasi sebenar belum berjaya dibuktikan.

Ada netizen menyatakan, gambar itu mungkin telah disunting atau telah diedit menggunakan aplikasi telefon dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan menakutkan orang ramai.

Entah lah, nak komen lebih - lebih segelintir orang kita pun perangai lebih kurang hantu jugak. Kalau perangai manusia tak der lah sampah-sampai ada kat celah-celah kerusi dalam MRT.

Mungkin hantu pun dah ingat manusia tu kawan dia agak nya.