Maksimum Pemasaran Digital Menggunakan Mikro Influencer Di KOMACI Plus

GAYA HIDUP
December 10, 2019 - 03:02 PM


Ditubuhkan sejak tahun 2018, KOMACI merupakan sebuah platform mikro-influencer yang kian berkembang pesat di Malaysia seiring dengan permintaan pemasaran dunia digital yang semakin mendapat permintaan yang tinggi.

Terbaru KOMACI mengorak langkah lebih jauh dengan memperkenalkan platform layan diri terbaru mereka menerusi KOMACI+ yang memberi kuasa kepada peneraju pasaran digital dan e-dagang. Platform terbaru ini bertujuan untuk memberi akses terutama kepada mereka yang memilih dunia digital sebagai medium pemasaran mereka. 

Dengan kehadiran pelbagai latarbelakang mikro-influencer sejak kebelakangan ini nampaknya KOMACI+ berjaya menjadi yang pertama dalam urusan pencarian dan penglibatan mereka yang mempunyai pengaruh tersendiri di media sosial.

(Dari kiri) KOMACI Network, Chief Executive Officer, Ben Wong; KOMACI Thailand, Senior Manager Business Development, Thitipa Intrarat; KOMACI Network, Head of Business Development, Hanna Heng; Chief Operating Officer, Nicholas Ng, dan Chief Marketing Officer, Andrew Lee, semasa pelancaran KOMACI+ di Zouk Club Kuala Lumpur.

Sudah tentu dengan kehadiran KOMACI+ ini akan membantu pihak pemasaran dalam memilih mikro-influencer yang tepat dan berkualiti untuk membawa jenama mereka kepada orang ramai. Bukan itu sahaja, melalui KOMACI+ ini juga sedikit sebanyak boleh memberi penilaian terhadap kualiti dan pengaruh influencer dalam bidang tertentu. Langkah ini dilihat amat penting kepada peneraju pasaran digital dan e-dagang untuk memastikan objektif utama memperkenalkan jenama mereka dengan lebih efektif.

KOMACI+ ini merupakan pemudah cara kepada mereka yang baru berkecimpung dalam dunia pemasaran digital dan belum mahir mengenai selok-belok penggunaan mikro-influencer serta penggunaan bajet yang paling sesuai dalam membantu mempromosikan jenama masing-masing di media sosial.

KOMACI Network Chief Executive Officer, Ben Wong menerangkan bagaimana mikro-influencer boleh memaksimakan peluang bekerjasama dengan produk tempatan dan juga antarabangsa dengan KOMACI. 

Ketua Pegawai Eksekutif KOMACI, Ben Wong berkata pemasaran influencer dijangka mencapai 5 hingga 10 bilion Dolar Amerika pada tahun 2020 bagi seluruh dunia.

Malah katanya di rantau ini sahaja, pertumbuhan sehingga 113% berjaya dicatatkan sejak tahun 2018 dan pihak KOMACI melihat lebih banyak kandungan ditaja yang berkembang di seluruh negara bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Ini menunjukkan bahawa lebih ramai konsumer akan beralih kepada media sosial untuk memenuhi kehendak dan secara tidak langsung menjadikan mereka yang aktif di media sosial sebagai tempat rujukan untuk mendapatkan nasihat, tips dan cadangan.

KOMACI Network Chief Operating Officer, Nicholas Ng memperkenalkan platform layan diri KOMACI+, sebuah platform melibatkan mikro influencer dalam mensasarkan SME, Brands dan Agensi.

Kenapa KOMACI+?

Dengan KOMACI+, pencarian mikro-influencer akan bertambah mudah dengan jaringan data yang mesra pengguna. Tambahan pula, KOMACI+ kini menggunakan teknologi Artificial Inteligence (AI) bagi membantu keberkesanan penggunaan mikro-influencer sebagai perantaraan antara pengeluar produk dan juga pelanggan.

Pengunaan teknologi AI ini mampu mencari influencer yang bersesuaian dengan imej jenama, undustri berkaitan serta bajet pembikinan kempen pemasaran. Bagi influencer pula. KOMACI+ akan membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk berhubung dengan pelbagai jenama daripada segmen yang berbeza. 

Dengan adanya pengkhususan melalui AI, KOMACI+ memudahkan pemasaran sedia ada dan baru untuk mencari serta menggunakan khidmat mikro-influencer yang menepati kriteria setiap pelanggan mahupun pengeluar produk. 

Kesefahaman ini boleh dicapai melalui penelitian terhadap demografi influencer (seperti umur dan jantina) serta psikografi audien berdasarkan minat, aktiviti serta pendapat mereka termasuk citarasa fesyen, gaya pemakanan, pilihan gajet, cara santai dan sebagainya. 

Selain itu, ciri unik lain KOMACI+ adalah proses pembayaran secara telus dan pembekalan data analitik kepada mereka yang terlibat dalam sebarang kempen. Pengguna juga dapat mengakses prestasi, laporan dan menilai hasil kempen dengan pantas untuk memastikan kempen berkenaan mencapai pulangan maksima. Tambahan lagi, kedua-dua pihak iaitu pengguna dan influencer juga dapat menyemak status pembayaran melalui laman yang dipaparkan.

Dalam perkembangan lain, KOMACI kini sedang mengatur langkah bagi menjalinkan kerjasama dengan pasaran baru seperti Indonesia, Filipina, Vietnam dan Jepun. 

Baru-baru ini, KOMACI+ telah dilancarkan bersama-sama majlis sambutan Ulang Tahun Pertama KOMACI yang telah dihadiri oleh lebih 200 orang mikro-influencer tempatan di Zouk Club Kuala Lumpur.

Platform layan diri KOMACI+ kini dibuka untuk pendaftaran secara percuma.

Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai platform ini boleh layari www.komacinetwork.com.

Jom intai sedikti gambar yang sempat kami rakamkan sepanjang majlis ulang tahun pertama KOMACI.