"Malamnya Tenang, Dan Hari Esok Bercahaya" - Tanda & Tarikh Malam Lailatul Qadar

GAYA HIDUP
April 13, 2023 - 01:32 PM


Antara keistimewaan bulan Ramadan yang sering diimpikan seluruh umat Islam sudah tentunya kehadiran malam lailatul qadar iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan di mana setiap ganjaran dilipatgandakan. 

Kita sudah pun memasuki pecutan 10 malam terakhir sebelum berakhirnya Ramadan. Jadi perbanyakkanlah amalan ibadah kita baik di siang hari dan juga waktu malam. Antara tanda tibanya malam lailatul qadar adalah:

  1. Bersih terang
  2. Nyaman
  3. Tidak terlalu sejuk
  4. Tidak terlalu panas
  5. Bintang tidak kelihatan

Ciri-ciri siang hari esoknya:

  1. Bercahaya tanpa kepanasan
  2. Keadaan matahari seperti bulan purnama.

Ciri-ciri yang ditulis ini semuanya berdasarkan sabdaan Rasulullah SAW.  Daripada Ubadah Bin Al-Somit RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi.

Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut.

 Berikut adalah Doa 10 malam terakhir Ramadan. Doa Lailatul Qadar yang Nabi kita ajarkan.

Sumber dan Kredit:  @aisyahshahid, @addien90s (Twitter)

Destination: