Menarik! 12 Pantang Larang Orang Melayu Dan Logik Di Sebaliknya

GAYA HIDUP
October 13, 2021 - 04:31 PM


Korang pernah dengar tak pantang larang melayu yang bermacam-macam, antaranya jangan potong kuku malam, jangan ambil gambar bertiga, dan jangan berpindah-randah kalau makan? 

Kalau makan pindah-pindah ni, dikatakan nanti kahwin banyak, tapi memang betul ke? Ataupun sekadar alasan yang orang dulu-dulu suka bagi untuk kebaikan sendiri? 

Pada zaman moden ni memang agak pelik dan tak masuk akal, jadi ini dia beberapa logik dan asal usul mengapa orang dulu-dulu menggunakan pantang larang tersebut.

1. Jangan lalu bawah ampaian, nanti pening kepala
Logik: Untuk elakkan anak-anak daripada bermain di bawah jemuran, menyebabkan jemuran jatuh, dan perlu dibasuh semula. 

2. Jangan makan berpindah tempat, nanti kahwin ramai
Logik: Satu tempat dah bersepah, tak perlu nak pindah dan makan di tempat lain dan tambah lagi tempat yang perlu dibersihkan. 

3. Anak dara tak elok duduk di tangga, nanti jodoh lambat sampai
Logik: Menghalang laluan. 

4. Jangan meniarap kaki ke atas, nanti mak mati
Logik: Elak sakit dada / kebas kaki. 

5. Anak dara tak elok menyanyi di dapur, nanti dapat suami tua
Logik: Takut lalai, nanti makanan hangus.

6. Lepas makan, tuang air sikit dalam pinggan agar rezeki tak kering
Logik: Mudahkan nak basuh pinggan nanti, tak perlu sental.

7. Jangan makan bertindih pinggan, nanti kahwin banyak kali 
Logik: Banyak-banyak pinggan guna, siapa nak basuh? 

8. Jangan lepak luar rumah lepas senja, nanti kena sorok hantu kopek
Logik: Maghrib kan singkat, tak reti-reti nak balik rumah solat?

9. Jangan bersiul waktu malam, nanti ular masuk
Logik: Sebab bunyi bersiul yang menjengkelkan.

10. Jangan potong kuku malam-malam, nanti mak mati
Logik: Dulu-dulu waktu malam memang gelap sebab sumber cahaya yang terhad, risau terpotong isi.

11. Jangan mandi malam, nanti paru-paru basah
Logik: Bilik mandi orang zaman dulu kan di luar rumah, dan jalan nak ke luar pun gelap, jadi timbul rasa bimbang terpijak duri, atau digigit haiwan berbisa. 

12. Jangan bergambar bertiga, nanti mati seorang


Logik: Sewaktu fotografi dibawa ke Tanah Melayu oleh orang Inggeris, kos bergambar masih terlalu mahal. Sesi fotografi kemudian dikhaskan untuk pasangan mempelai di studio gambar. Larangan bergambar bertiga juga berkait rapat dengan kehadiran ‘orang ketiga’ yakni pengganggu rumah tangga. Pada mulanya, taboo bergambar bertiga dikhaskan untuk LELAKI + PEREMPUAN + LELAKI atau LELAKI + PEREMPUAN + PEREMPUAN sebelum diseragamkan kepada ‘bertiga tanpa mengira jantina’ supaya tidak begitu ketara. Berbalik kepada ‘kos bergambar masih terlalu mahal’, orang dahulu kala berpendapat adalah merugikan seandainya cuma ada tiga orang sahaja di dalam gambar - melainkan mereka pasangan raja sehari. Sebab itulah foto zaman nenek moyang kita dulu sekampung ramainya.

Sumber: Twt @LVGIF 

Artikel berkaitan