"Meraung Budak Tu!" - Guru Tadika Dera Anak Kecil Paksa Makan Cili

GAYA HIDUP
August 16, 2022 - 05:09 PM


Baru-baru ini, viral di media sosial dua buah video berdurasi lima saat yang memaparkan insiden penderaan melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun.

Polis mengesahkan telah merakam percakapan guru tadika yang disyaki terlibat dalam kes penderaan kanak-kanak berusia 3 tahun di sebuah tadika di Taman Megah, kepong baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya mengesahkan perkara tersebut dan proses rakaman telah diambil semalam.

Eng Lai berkata, Kedua-dua video berkenaan memaparkan rakaman seorang wanita dewasa disyaki guru di tadika berkenaan telah bertindak memukul seorang kanak-kanak dengan kasar menggunakan tangan selain dipaksa makan.

“Polis mendapati kejadian berlaku pada bulan Mei lalu dan siasatan dijalankan di bawah Sekyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” jelasnya

Destination: