Metal Legends Live In Concert Gabungkan Band Heavy Metal Popular

GAYA HIDUP
February 02, 2018 - 10:40 AM


Para peminat kedua-dua band pasti menantikan persembahan yang mantap daripada lagenda metal ini apabila mereka digabungkan dalam satu konsert ‘Metal Legends Live In Concert’!

Buat pertama kalinya kedua-dua band ini akan ‘berentap’ di MAEPS Serdang pada 3 Februari bermula jam 8.30 malam.

Menurut dalam satu temubual, Zuar berkata konsert ini adalah satu penghormatan pada mereka dan juga merupakan hadiah buat peminat.

“Kami tidak sabar mehu menghiburkan peminat dan juga teruja beraksi dengan Cromok,” tambahnya lagi.

XPDC dikatakan akan membawakan kelainan daripada pemilihan dan susunan lagu selain daripada sesi dram solo daripada Amy (XPDC) dan juga solo gitar oleh Jeff dan Karl dari Cromok.

Cromok pula mengharapkan konsert ini dapat menggembirakan peminat setia mereka kerana kali terakhir Cromok beraksi pada konsert berskala besar adalah pada konsert reunion Cromok di KL Live pada tahun 2012.

Sementara itu, Pengurus Operasi JMP Production Sdn Bhd, Faezatul Asykin Anuar yang juga wakil penganjur berkata, penonton juga berpeluang memenangi hadiah gitar Ibanez GRX70QA tajaan Joe Savana Gamma Rock House menerusi cabutan bertuah.

“Selain itu penonton dan peminat juga berpeluang mendapatkan barangan cenderahati Cromok dan XPDC seperti kemeja-T, CD, VCD, pick gitar dan poster,” katanya.

Menurut Faezatul, persembahan busking juga akan diadakan di tapak konsert bermula jam 12 tengah hari hingga 7 malam. Peminat yang ingin mendapatkan tiket boleh melayari laman web www.ilassoticket.com dengan harga bermula RM68.

Tiket juga boleh didapati di XPDC Kita Peng Yu Shop (Uptown Kota Damansara) dan XPDC Bundle & Alteration Jeans (Kajang).

Power tak powerlah Cromok ni kan, cuba tengok opening act masa konsert Metallica ni...

 

Sumber : Sinar Online