Milly & Mamet Buat Satu Panggung Gelak Dari Awal Sampai Habis Filem!





“Kisah Cinta Milly & Mamet ni ringan, dia tak kompleks macam Cinta & Rangga!”. Itulah yang boleh kami simpulkan kalau orang tanya ‘best ke’ untuk filem spin-off Ada Apa Dengan Cinta ni.

Sesuai dengan tuan direktornya yang sememangnya seorang komedian, Ernest Prakasa berjaya membuat satu panggung riuh dengan gelak tawa daripada awal sampai akhir filem.

Berkesempatan untuk sertai tayangan perdana filem Milly & Mamet ‘Ini Bukan Cinta & Rangga’ ini, ternyata ‘team’ Milly & Mamet berjaya memecahkan stigma dan mencapai ekspektasi peminat dengan sebuah filem romantik komedi.

Bermula dengan reunion sekolah menengah, ‘geng Cinta’, yang terdiri daripada Cinta (Dian Sastrowardoyo), Karmen (Adinia Wirasti), Maura (Titi Kamal) dan semestinya Milly (Sissy Precillia) bertemu Mamet yang dilakonkan oleh Dennis Adishwara.

Sedikit masalah berlaku apabila Mamet mempunyai sedikit salah faham dengan ayah Milly dan meninggalkan perusahaan kain milik bapa mertuanya itu. Mamet kemudian bertemu Alex, sahabat lamanya yang ingin membantu Mamet mengejar impiannya sebagai seorang Chef.

Kalau nak cerita semua, tak surprise dan kira spoiler lah pulak kan… Hehe… Tapi jujur, ia memang tak macam cerita Cinta & Rangga dan sangatlah berbaloi kalau korang ramai-ramai memenuhi panggung untuk menyaksikan filem Milly & Mamet yang akan mula ditayangkan esok (7 Mac 2019).

 

 

Korang tengok ajelah trailer Milly & Mamet ni, ini pun dah kelakar, apetah lagi full movie....

dan... korang kena fokus babak ni nanti... 

 

;