Wajib Tonton Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Dedahkan Situasi Sebenar Orang Awam di Medan Perang

GAYA HIDUP
August 22, 2022 - 07:44 PM


Filem-filem ketenteraan tempatan jarang sekali mengecewakan malah dari dahulu lagi filem melibatkan pasukan keselamatan negara sering kali menjadi pilihan. Bermula dari filem Sarjan Hassan sampailah filem PASKAL telah membuktikan negara kita mampu menghasilkan filem-filem bertaraf angtarabangsa.

Kemampuan pasukan keselamatan Malaysia tidak perlu diragui lagi namun perlu sentiasa berwaspada dari sebarang ancaman. Filem terbaru arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See Air Force The Movie: Selagi Bernyawa sekali lagi akan membuka mata penonton tentang begitu seramnya situasi jika negara Malaysia berada dalam pergolakan. 

Terutama kita sebagai orang awam pastinya tidak mahu sesekali berada dalam situasi sebegini dan pastinya jika keadaan ini berlaku kita tidak akan tahu apa yang perlu di buat. Melalui filem ini pastinya akan memberikan sedikit gambaran buat kita semua bahawa kita cukup bertuah dilahirkan dalam sebuah negara Malaysia yang aman damai.

Babak-babak antara pihak media dan tentera cukup melambangkan situasi terkini di Malaysia di mana pihak tentera sering sahaja dipertikaikan dalam apa jua keputusan yang dibuat. Namun pihak wartawan yang mewakili orang awam sememangnya bukan dilatih untuk menghadapi situasi melibatkan ketenteraan. Jadi tak mustahillah kenapa tindakan orang awam agak kejam dalam melontarkan pendapat mereka.

Lakonan Sara Ali dan Anas Ridzwan sebagai wartawan dan jurukamera di lokasi juga menunjukkan tugas mereka sememangnya mencabar dan bahaya, namun harus diberi pujian kepada pasukan ketenteraan yang menggalas tanggungjawab untuk menyelamatan orang awam merupakan saatu tugas yang cukup berat untuk dipikul.

Melalui filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa juga anda dapat menyaksikan emosi dan bebanan tekanan  yang ditanggung oleh tentera begitu memberi kesan di medan perang hingga ada di antara mereka yang bertindak di luar kawalan pemikiran. Kita sebagai penonton mungkin senang menggelarkan tindakan itu sebagai tindakan bodoh namun mereka juga seorang manusia yang lahir dengan emosi dan perasaan. Ujian itu pastikan tidak akan terlepas oleh sesiapa pun.

Tapi jangan bimbang tentera-tentera Malaysia dilatih untuk mengawal emosi mereka jika berlaku perkara tak diingini. Sebab itulah Malaysia melibatkan diri dalam misi bantuan kemanusiaan contohnya di Somalia, Bosnia Herzegovina dan Sudan.

Watak-watak seperti (Lejen) lakonan Adi Putra dan (Paco) lakonan Johan As'ari mengambarkan bahawa setiap orang mempunyai sejaran dan kisah silam sendiri hingga menjadikan tindakan mereka sebegitu. 

Tidak lupa juga watak yang dilakonkan oleh Pablo Amirul kadang-kadang buat penonton rasa nak terajang jer dia ni. Manakala watak Hujan yang dilakonkan oleh Jack Tan sangat memberi kesan dan perasan "kool" sebagai seorang tentera. 

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa akan ditayangkan di 170 buah cinema bermula 25 Ogos 2022 ini. Jadi korang jangan lupa saksikan filem hebat ini yang boleh dikatakan lagi hebat dari filem PAKAL. Pastinya sepanjang movie ini berlangsung korang tak akan senang duduk kerana sentiasa berdebar dan beremosi apabila ada watak-watak yang terkorban. Siapa yang terkorban korang kena tengok sendiri.

Sinopsis Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Filem ini mengisahkan tentang Kapten Adib dan Mejar Adnan bersama skuad Pasukan Khas nya yang telah terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, sebuah negara yang sedang dalam pergolakan. Di dalam penerbangan semasa perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh kumpulan pengganas.

Mengetahui perkembangan ini, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan satu misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran, abang ipar kepada Adib yang juga seorang juruterbang pesawat pejuang Sukhoi serta aset-aset tempur TUDM yang lain telah secara bersama diaturgerakkan untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Barisan Pelakon Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Barisan pelakon seperti Aiman Hakim Ridza, Dato’ Adi Putra, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.

Dengan sokongan penuh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), filem penuh aksi AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA ini bakal memecah panggung di 170 lokasi di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura bermula 25 Ogos 2022. Ia juga tersedia dalam Dolby Atmos dan 4DX untuk pengalaman yang lebih gempak. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman sosial di https://www.gscmovies.com.my/air-force-the-movie-selagi-bernyawa/