Peminat Marvel Terus Kempunan, Filem Thor: Love & Thunder Ditunda Lagi

GAYA HIDUP
July 13, 2022 - 04:24 PM


Sebelum ini filem Thor: Love and Thunder yang sepatutnya ditayangkan pada tarikh 7 Julai telah ditunda ke tarikh baharu iaitu 21 Julai 2022.

Namun dalam perkembangan terkini, filem ini nampaknya akan terus ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak diketahui. Perkara ini disahkan oleh laman Facebook rasmi TGV Cinemas dalam satu perkongsian.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TGV Cinemas (@tgvcinemas)

“Walt Disney Studios Malaysia telah mengesahkan bahawa tayangan filem Thor: Love and Thunder di Malaysia kini akan ditunda ke satu tarikh yang tidak dinyatakan. Nampaknya kita terpaksa menunggu lebih lama untuk menonton filem kesayangan daripada Disney ini,” tulis TGV Cinemas.

Tidak dinyatakan secara lanjut mengapa filem ini ditunda. Namun peminat membuat andaian ia berkemungkinan disebabkan satu adegan dalam filem tersebut.

Agak-agak kalau dah tak tahan, korang kena la tengok di Singapura....

Destination: