Motoroid – Motor Futuristik Daripada Yamaha.

GAYA HIDUP
October 16, 2017 - 03:48 PM


Selari dengan kecanggihan teknologi masa kini, banyak syarikat telah bersedia untuk menghadapi masa hadapan yang semestinya lebih maju.

Banyak produk ‘smart’  telah dihasilkan. Ianya sudah tentu memberikan satu kepuasan dan menonjolkan kecanggihan sistem masing-masing seperti smart watch dan smart tv.

Namun begitu, sejak akhir ini, lebih banyak syarikat telah mula mengetengahkan konsep AI atau Artificial Intelligence. Mereka membuat pelaburan yang besar bagi menembusi pasaran teknologi AI hari ini.

Tidak mahu ketinggalan, syarikat Motorsikal terkenal, Yamaha juga mahu turut serta. Mereka telah mengeluarkan satu teaser yang memperkenalkan Motoroid. Walaupun hanya motorsikal konsep, namun, idea yang diberikan oleh Yamaha ini sungguh bernas. Dan hasilnya juga amat mengujakan.

Bersempena dengan Tokyo Motor Show, Yamaha mengetengahkan motoorsikal konsep mereka ini. Walaupun hanya sekeping gambar yang disebarkan, namun daripada gambar boleh membuatkan para peminat motorsikal jatuh hati.

Dengan cuba menerapkan elemen “kando” iaitu konsep di Jepun yang menumpukan inspirasi spiritual dan juga kepuasan.

Motoroid ini, dikuasakan oleh elektrik dan cell bateri yang kelihatan seperti balang berwarna chrome terletak di bahagian bawah tempat duduk.

Selain daripada rekabentuk yang futuristik, pemilik motoroid ini nanti boleh berinteraksi dengan motor tersebut. Dah macam dalam movie lah pulak kan…

Ini kerana kecanggihan AI pada motor ini membolehkan ia dapat mengenali pemiliknya dan berinteraksi dengan mereka, seperti makhluk hidup.

Fuhh, bercakap dengan motor kita masa hadapan nanti… Hehehe…

 

p/s : harapnya Yamaha akan keluarkan dan harga… harap bersesuaikan dengan peredaran zaman tu nanti lah.. Apa-apa pun, kita nantikan spesifikasi penuh ye…