Murid Tahun 6 Maut Disambar Petir Ketika Menggunakan Telefon Bimbit

GAYA HIDUP
August 16, 2022 - 12:28 PM


Kejadian terbaharu berlaku apabila seorang murid perempuan tahun enam maut selepas dipercayai disambar petir ketika sedang bercakap menggunakan telefon pintar dengan rakannya di Kampung Baru Sungai Raya Luar, Gua Musang, Kelantan.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.50 petang itu menyebabkan mangsa, Nur Asyqin Qistina M. Nor Zawawi, 12, yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Kuala Betis di terbaring di atas tilam bilik tidurnya dengan kesan terbakar pada bahagian lengannya.

Menurut bapa mangsa, M. Nor Zawawi Awang, 54, ketika kejadian, dia baharu selesai solat asar di surau hadapan rumahnya sebelum terdengar bunyi dentuman petir yang kuat.

“Isteri saya memaklumkan Nur Asyqin Qistina yang merupakan anak keempat daripada lima beradik pengsan di tempat tidur dengan tangan kanannya memegang telefon pintar yang sedang dicas.”

Al fatihah buat adik Nur Asyqin dan salam takziah buat keluarga. Moga boleh dijadikan iktibar buat kita semua.

 

Destination: