"Nak Buat Umrah, Tapi Harga MasyaAllah" - Hotel Di Mekah & Madinah Naik 150%

GAYA HIDUP
January 10, 2023 - 12:39 PM


Hangat diperkatakan di semua platform media sosial berkaitan dengan kos terkini untuk menunaikan ibadah umrah yang naik secara tiba-tiba! Sebelum ini, ada juga yang terkejut dengan pakej umrah bersama selebriti yang menelan kos sehingga 30 ribu lebih?

Rakyat Malaysia yang ingin menunaikan umrah selepas ini dikatakan mungkin berdepan dengan kenaikan harga pakej sehingga 50% biarpun sudah menempah atau membeli pakej lebih awal.

Selain itu, harga penginapan di Arab Saudi dipercayai dinaikkan tanpa makluman agensi pelancongan. Peratus kenaikan harga penginapan pula naik sehingga 150%!

Kerajaan Malaysia Digesa Berbincang Dengan Kerajaan Arab Saudi Tentang Isu Kenaikan Harga Penginapan. Menurut laporan Sinar Harian, perbincangan di antara kerajaan Malaysia dengan Arab Saudi perlu dilakukan dalam kadar segera bagi mencari penyelesaian terhadap isu kenaikan harga hotel secara tiba-tiba yang melibatkan jemaah umrah daripada Malaysia.

 

Destination: