Nak Pujuk Punya Pasal, Disney Tawar 1.3 Billion Untuk 'Jack Sparrow' Kembali!
GAYA HIDUPPelakon Johnny Depp, ditawarkan bayaran AS$301 juta (RM1.3 bilion) oleh Disney untuk membintangi semula sekuel filem Pirates of The Caribbean.
Lapor New York Post, sumber dalaman Disney menunjukkan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Depp dan sudah menghubunginya, susulan kemenangan kes saman terhadap bekas isteri, Amber Heard.
“Mereka cuba mendapatkan pelakon itu selepas kes perbicaraannya bersama Amber dan bertanya sekiranya dia berminat kembali berlakon untuk satu atau dua filem itu.
“Tawaran itu adalah untuk Johnny Depp kembali menghidupkan watak Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean 6 serta putaran cerita mengenai kehidupan awal Captain of the Black Pearl untuk Disney Plus,” kata sumber itu.
Difahamkan, Disney sudah menyiapkan draf untuk watak Jack Sparrow dalam projek akan datang itu.
Syarikat produksi terbabit sangat berharap Depp akan memaafkan mereka dan kembali menjayakan watak ikonik itu.