Nak Turunkan Berat Badan, Bersedia Ke Nak Hadap Perkara- Perkara Ni?

GAYA HIDUP
January 15, 2018 - 02:45 PM


Kita selalu dengar dan nampak cerita best je pasal turun berat badan. Tapi tak ramai yang tahu apa yang sebenarnya dilalui oleh mereka-mereka ini. Namun, jangan biarkan ia sebagai penghalang untuk anda turunkan berat badan.

Menurut temuramah dengan pakar nutrisi, terdapat beberapa kesan sampingan kepada fizikal dan emosi apabila sesorang itu berjaya turunkan berat badan. Walaupun ada yang tidak mempunyai kesan sampingan yang negatif ini, namun adalah penting untuk kita tahu dan ambil kisah perkara-perkara ini.

Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor sekiranya terdapat kesan-kesan berikut :

 

1.Kulit berlebihan dan stretch marks.

Kulit berlebihan dan stretch mark ini adalah perkara normal yang berlaku sekiranya anda turun berat badan dengan terlalu cepat. Menurut pakar nutrisi diet, ini berlaku kerana kulit tidak mampu untuk mengecut dalam tempoh masa yang cepat.

Untuk mengatasi : Fokus untuk penurunan berat yang perlahan, dalam 1 kg seminggu untuk memberikan masa kepada kulit untuk mengecut selari dengan badan.

 

2. Untuk wanita, period akan terhenti sementara.

Tekanan atau stress yang dikenakan terhadap badan sedikit sebanyak selama proses untuk menurunkan berat badan akan mengganggu kitaran haid. Ini adalah kerana tubuh badan akan ‘berfikir’ yang hormon anda yang kelaparan.

 

3. Terasa sejuk

Menurut Apovian, kebanyakan masalah yang dihadapi semasa penurunan berat badan adalah disebabkan oleh kadar metabolisme dan pertukaran hormon.

Tubuh badan akan mengurangkan kadar metabolism pada badan untuk menjimatkan penggunaan tenaga. Ini telah menyebabkan tidak ada banyak kalori yang dibakar untuk memanaskan badan.

Selain itu, kekurangan lemak pada badan menyebabkan badan kita lebih sensitif pada suhu.

 

4. Anda akan ada masalah untuk tidur

Hubungkait antara makanan dan tidur adalah sukar untuk dijelaskan. Bukan sahaja pemilihan makanan akan menggangu tidur kita tetapi, tidur kita pun akan memberikan kesan kepada apa yang kita nak makan.

Seperti kajian-kajian yang dijalankan, tidur yang cukup merupakan faktor penting dalam menurunkan berat badan. Untuk atasi masalah ini, ambil sedikit makanan berkarbohidrat ataupun protein untuk mendapatkan tidur yang nyenyak tanpa gangguan.

 

5. Anda akan mengalami depressi

Komuniti online di Reddit berkongsi yang perkara terbesar atau tersukar untuk mereka adalah tidak puas hati tentang penurunan berat badan mereka.

Menurut salah seorang penguna Reddit, “saya berjaya menurunkan lemak saya yang lebih banyak, saya berasa lebih baik, saya tidur lebih baik, saya boleh mengikat kasut saya dan naik dan turun tangga, tetapi saya tidak mempunyai keyakinan seperti dahulu. Isu kemurungan dan kebimbangan masih ada.

Untuk anda yang dalam proses nak turunkan berat badan, jangan ambil penulisan ini sebagai penghalang. Tetapi lihatlah dari sudut supaya anda lebih bersedia dan jadikan ia satu motivasi kepada anda.

Jika anda mengalami sebarang masalah atau merancang untuk menurunkan berat badan, adalah penting untuk anda bercakap dengan doktor anda yang boleh membantu anda menguruskan gejala anda dan menyusun sesuatu yang sesuai dengan diri anda.

Jangan hilang motivasi ye...

Cuba tengok video ni dulu...

 

Sumber : Insider