Patung Seram Di Dalam "Squid Game" Itu Sebenarnya Wujud !!

GAYA HIDUP
October 04, 2021 - 10:57 AM


Tentu korang semua dah tengok cerita yang dikatakan baru-baru ini telah menjadi trending di netflix iaitu “SQUID GAME”, cerita ini menjadi trending kerana penuh dengan aksi-aksi dan plot twist yang mendebarkan. Adakah korang masih ingat lagi akan game pertama yang meragut hampir setengah nyawa peserta yang bertanding di dalam game yang dipanggil Red light, Green light itu ? Di dalam game tersebut terdapat sebuah patung perempuan besar yang menakutkan dan percaya atau tidak patung itu sebenarnya wujud ! Menurut media di korea, patung itu boleh dilawati dan ia terletak di sebuah perkampungan di daerah Jincheon yang terletak di Chungcheongbok-do, Korea Selatan.

Jika dilihatkan pada gambar, kelihatan patung tersebut seperti sedang mengawal pintu masuk ke muzium berkenaan dan difahamkan, patung tersebut sememangnya milik muzium ini dan telah dipinjam oleh kru produksi ‘Squid Game’ untuk menjayakan siri k-drama tersebut. Walaupun begitu, difahamkan bahawa patung itu telah kehilangan tangan kanannya semasa dipulangkan oleh kru produksi. Setakat ini, tiada penjelasan yang diberikan sehingga hari ini.

Patung itu dinamakan Mugunghwa dan terdapat sebuah forum telah mendedahkan sebenarnya patung ini mempunyai namanya sendiri iaitu Mugunghwa yang membawa maksud yang istimewa kepada rakyat Korea selain ianya juga merujuk kepada bunga kebangsaan negara tersebut.

Patung ini tidaklah begitu seram dan ganas seperti digambarkan jadi jika ada di antara korang yang ingin melawat patung ini, korang bolehlah pergi ke korea apabila sektor pelancongan antarabangsa dibenarkan nanti.

Destination: