Tengok Rancangan Sama Secara Berasingan Dengan Rakan Menggunakan Netflix Party

GAYA HIDUP
March 19, 2020 - 10:57 AM


Memasuki hari ke-2 Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan bagi mengekang dan mengurangkan penyebaran coronavirus atau Covid-19 ini, orang ramai diingatkan supaya tidak meninggalkan rumah atau berada di tempat tumpuan awam sekiranya tidak memerlukan.

Pesanan dan perintah larangan ini pastinya membuatkan sesetengah orang mati akal selain berasa agak janggal berada dirumah kerana mungkin terbiasa dengan rutin harian. Bagi mengurangkan bosan, pastinya ramai yang memilih untuk menghabiskan masa dengan melayari laman sosial, menonton tv dan sebagainya.

Salah satu dari pilihan yang ada sekarang ni adalah perkhidmatan penstriman video, Netflix yang mana mempunyai pelbagai jenis drama, siri, dokumentari, filem dan banyak lagi. Mungkin ada yang mulai bosan menonton berseorangan, apa kata anda cuba menonton rancangan kegemaran anda bersama rakan.

Iya, dia ibarat ‘menonton wayang’ tetapi dari rumah masing – masing. Hehe.

Dalam usaha mewujudkan suasana tontonan bersama rakan pada musim atau tempoh pengurangan pergerakan ini, Google Chrome telah telah memperkenalkan aplikasti Party yang mana penonton Netflix kini boleh menonton bersama rakan ditempat atau rumah masing-masing.

Walaupun ianya penambahan (extension) oleh Chrome, ia membolehkan anda dan rakan menonton rancangan yang sama secara serentak selain mempunyai ruang mesej bagi anda ‘berborak’ dan mengulas rancangan ditonton. Menarik kan?

Namun begitu, setakai ini Netflix Party hanya ditawarkan di extension Google Chrome dan khusus untuk pengguna pelayar Chrome sahaja.

Kalau berminat, cubalah muat turun dengan klik di sini.