Korang Dah Tengok Squid Game? Ini 7 Perkara Menarik Tentang Drama Popular Korea Trending

GAYA HIDUP
September 23, 2021 - 04:49 PM


Mesti dah ramai yang sudah khatam layan drama korea "Squid Game" ni kan? Macam mana menarik juga drama ni, memang lain dari yang lain. 

Sempena drama ini masih lagi tengah hangat jadi bualan netizen, kami kongsikan 7 fakta menarik tentang drama Squid Game ini.

1. Pada awalnya tajuk Squid Game ini bukanlah Squid Game. Pada tahun 2019, Netflix mengumumkan original korea siri bertajuk "Round Six" yang ditulis dan diarahkan oleh Hwang Dong-Hyuk.

2. Hwang Dong-Hyuk mendedahkan siri Squid Game diinspirasikan oleh Menhwa (komik Korea). Beliau membayangkan bagaimana jika permainan innocent kanak-kanak digabungkan dengan elemen hidup atau mati yang dimainkan oleh orang dewasa.

3. Skrip Squid Game siap pada tahun 2009 dan ramai yang meragui konsep cerita seperti ini ketika itu.

4. Pakaian seragam dalaam Squid Game memang disengajakan sebagai simbol memadam personaliti dan individualiti. Dalam siri Squid Game pemain-pemain memakai tracksuit hijau manakala pengurus permainan mengenakan suit pink dan mask hitam.

5. Squid Game memulakan penggambaraan pada 2020. Semua pelakon telah disahkan pada jun 2020. Walaubagaimanapun penggambaran Squid Game terpaksa dihentikan pada ogos 2020 akibat covid 19 dan disambung semula pada september 2020.

6. Squid Game menggunakan set sebenar dengan 456 orang berada di set, poko dan patung berskala besar yang boleh bergeraak secara mekanikal.

7. Hwang Dong-Hyuk berkata Squid Game yang simple dan bagaimana cerita ini memberi spotlight kepada para loser membuatkannya unik berbanding cerita seumpanya.

Jadi siapa yang belum tengok tu boleh tengok di Neflix ya.