Pelancaran Pusat E-Sukan Yang Pertama Di Malaysia…

GAYA HIDUP
October 26, 2017 - 03:48 PM


Kafe siber merupakan salah satu tempat yang sering dikunjungi muda-mudi kini. Manakan tidak, kewujudan beberapa kafe siber yang menyediakan komputer yang berteknologi tinggi ini dikatakan amat bersesuaian dengan industri E-Sukan atau E-Sport yang sedang meningkat naik di negara kita.

Fenomena ini dikatakan berkait dengan kejayaan pasukan-pasukan yang mengikuti pertandingan e-sukan seperti Dota 2, CS:GO . Selain daripada ganjaran hadiah yang lumayan jika memenangi sesuatu pertandingan, mereka juga dapat mendedahkan diri kepada dunia e-sport diluar.

Lihat sahaja pasukan hebat yang berpangkalan di Malaysia seperti Mineski dan Fnatic. Walaupun para pemain mereka sering bertukar, nama-nama seperti ChuaN, Mushi dan Ohaiyo yang berasal dari Malaysia ini telah mengutip jumlah wang yang amat banyak sepanjang karier mereka.

Industri E-Sukan di Malaysia nampaknya akan lebih berkembang selepas ini, ini dibuktikan dengan wujudnya pusat e-sukan yang pertama seumpamanya di One City. Diberi nama The Pantheon.

The Pantheon ini sememangnya dibina untuk bermain permainan video dan e-sukan. Selain itu tempat ini juga mendapat pengiktirafan daripada NVIDIA GeForce GTX sebagai arena yang bertaraf platinum!

Pusat sukan ini dilengkapi dengan 116 komputer yang sememangnya dilengkapi dengan komponen-komponen utama dalam dunia e-sukan. Ada PS4, simulator perlumbaan kereta dan zon Virtual Realiti.

 

Punyalah best tempat ini, ia juga dilengkapi dengan enam ruangan khas bagi mereka yang nak mencuba sendiri desktop high-end daripada syarikat terkemuka seperti Alienware, MSI, ROG dan Omen.

Menurut pengarah The Pantheon, pusat ini boleh dijadikan platform bagi pemain professional untuk berlatih untuk menyesuaikan diri dengan suasana kejohanan dunia.

Kita tengok pun dah geram... banyak betul PC, curved screen lagi... Jomlah serbu ramai-ramai...Tempat dia terletak di One City di Subang Jaya.

 

Sumber | Astroawani | FB | The Pantheon