Permainan Zaman Kanak-Kanak, 'Polis Sentri' Kini Dalam Bentuk Digital

GAYA HIDUP
July 19, 2021 - 03:03 PM


Masih ingat dengan permainan nostalgia zaman kanak-kanak, Polis Sentri? Masa kita kecik selalu main pemainan ini dengan kawan-kawan sekolah atau saudara mara.

Nama sebenar game ini sebenarnya 'Police and Thieve' tapi sebab kita punye dialek di Malaysia ini sudah terbiasa menyebut dengan 'Polis Sentri' atau 'Polis Entry'. Ala lebih kurang macam lirik lagu Elizabeth tan.

Pada 17 Julai lalu, Syarikat e-sukan tanah air, Todak Studios telah melancarkan permainan dalam talian, 'Police Sentri' yang bakal mengembalikan kenangan kepada permainan zaman kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Todak Studios, Ahmad Fadli Ahmad Dahlan yang lebih dikenali sebagai Neo Todak berkata, 'Police Sentri' diangkat daripada permainan tradisional kanak-kanak Malaysia era 80-an dan 90-an yang berkonsepkan polis dan pencuri.

Permainan masih sama seperti zaman kanak-kanak, untuk memenangi permainan, pasukan polis perlu menangkap semua pencuri manakala pencuri harus melarikan diri atau memegang beg berisi wang yang dicuri daripada polis sehingga waktu tamat.

Korang kalau nak permainan ini lebih menarik, korang boleh mengumpul pelbagai barangan yang ada pada game tersebut seperti jalan berlubang, kulit pisang, pakaian untuk penyamaran, pembuka kunci, kubis dan angsa untuk membantu mencapai misi mereka. 

Eksekutif Penerbitan dan Pemasaran Todak Studios Haaziq Azrai Abdul Kadir berkata para pemain juga boleh naik ke peringkat lebih tinggi, yang memberikan peningkatan kepada kelajuan masing-masing. Korang boleh main permainan ini secara beramai-ramai iaitu 10 pemain dibahagikan kepada dua pasukan iaitu untuk menajdi polis dan pencuri.

Ini min kongsi versi Beta permainan itu boleh dimuat turun di Todak Studios untuk komputer korang. Atau boleh muat turun permainan ini di App Store atau Play Store.

Sumber: Astro Awani, MalaysiaKini

Destination: