Street Fighter, Dari Permainan Video Kini Ke Board Game!
GAYA HIDUPKickstarter,ialah satu laman web yang berasaskan crowdfunding untuk projek kreatif yang pelbagai dari komik, pementasan, prototype dan sebagainya.
Sering dijadikan platform untuk mendapatkan dana bagi meneruskan projek kreatif, baru-baru ini terdapat satu projek yang melibatkan permainan video terkenal iaitu Street Fighter.
Menurut projek yang ada di laman web Kickstarter berkenaan, permainan video ini akan dijadikan ‘board game’.
Menggunakan patung yang memaparkan watak terkenal pahlawan dalam permainan video berkenaan seperti Ryu, Ken, Chun Li, Sagat dan banyak lagi. Patung berkenaan direka dan mempunyai ciri-ciri dan kemasan yang sangat terperinci.
Menggunakan peta yang besar dan boleh diperbesarkan lagi, para pemain boleh memilih beberapa ‘mode’ permainan sama ada 1v1 atau bergabung dalam satu pasukan dan menentang seorang ketua. Sama seperti pilihan mode di dalam permainan video.
Perlawanan ditentukan dengan penggunaan kad dan juga dadu. Selain setiap peringkat yang menggunakan kad board yang besar, terdapat objek yang boleh dipecahkan seperti kotak dan juga pokok.
Untuk pek permulaan, terdapat peringkat sama seperti di Street Fighter II seperti Guile’s Airbase dan juga Chun-Li Street. Terdapat 6 watak berbentuk patung mini yang diberikan dalam pek permulaan ini iaitu Ryu, Ken, Chun-Li, Zangief, Vega dan juga Sagat. Manakala untuk penambahan ‘boss’ terdapat watak Bison dan Akuma.
Jika anda mahukan boardgame ini, perlukah menyokong projek ini di laman web Kickstarter pada harga permulaan $80 (RM314) dan anda akan menerima set asas permainan berkenaan.