Pelbagai Pastri Cantik Berbentuk Lolipop Yang Tengah Famous Dekat Instagram

GAYA HIDUP
October 05, 2017 - 02:38 PM


Nampak gayanya, sejak ada instagram, makin banyak dan makin ramai chef-chef menghasilkan sesuatu makanan tu instagrammable. Selain dari mengekalkan rasa yang sedap, kini mereka juga perlu hidangkan sesuatu makanan itu secantik mungkin.

Kalau sebelum ini, kami ada cover pasal Dinara Kasko. Alah, yang engineer masuk dapur buat kek dan pastri tapi ada unsur seni bina sikit tu…

Kali ni, masih dalam dalam aspek yang sama. Kami terjumpa lagi seorang yang ceritanya agak unik.

Bermula hanya dengan keinginannya untuk mengumpulkan pastry yang unik dan menonjol di instagram, @amourducake kini telah mempunyai 156 ribu followers dan jumlah itu semakin bertambah setiap hari.

Raymond Tan atau Ray Ray ini adalah seorang pastry chef dari Australia. Yang menariknya, setiap pasti yang dihasilkan beliau mesti berwarna warni dan cantik. Sampai nak makan pun tak sampai hati.

Menurut akaun Instagram beliau, beliau hanya mempelajari sendiri kesemua teknik dalam menghasilkan sesebuah pastry itu di rumah.

Lihat sahaja hasil kerja beliau. Memang kalau upload kat instagram ni, mesti ramai like... 

 

 

 

Sumber : ufunk | amourducake