
Pemanasan Global Punca Terumbu Karang Tenat
GAYA HIDUPPara pengkaji dari Perancis yang mengkaji keadaan terumbu karang di lautan Pasifik mendapati kebanyakkan daripada terumbu karang ini telah menjadi putih, dan mati.
Kajian yang dilakukan oleh Yayasan Tara dan Pusat Penyelidikan Saintifik Perancis ini mendapati bahawa hampir 90% terumbu karang di sesetengah kawasan di perairan tersebut terjejas teruk.
Menurut Radio New Zealand Pasifik (RNZ), terumbu karang di kepulauan Samoa adalah yang paling teruk daripada 15 negara yang dilawati oleh para pengkaji terbabit.
Hal ini agak membimbangkan kerana, walaupun teurmbu karang ini hanya ada kurang daripada 1% daripada persekitaran marin dunia, namun ia dihuni oleh lebih daripada 30 peratus hidupan laut. Selain dijadikan habitat ikan – ikan kecil, terumbu karang ini juga membekalkan makanan kepada hidupan laut yang lain.
Terumbu karang dikatakan akan mati atau memutih dan menjadi keras jika mereka stress dengan keadaan sekeliling. Oh, iya terumbu karang ini sejenis hidupan, bukan tumbuhan. Dan ia sangat peka terhadap perubahan pada persekitaran.
Pemanasan Global yang berlaku telah menyebabkan kenaikan suhu air di kawasan tersebut. Selain itu pencemaran laut oleh pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab adalah punca utama kepada masalah ini. Jangan lupa, Malaysia juga ada banyak kawasan coral reef yang cantik - cantik. Walaupun dekat Malaysia perkara ini belum teruk lagi, tapi tak mustahil satu hari nanti akan teruk macam ni kalau kita tak jaga sama - sama.
Dah pegi snorkeling tu, jangan amik bawak balik pulak... Tapi kalau yang terjumpa tepi pantai tu takpe...jangan sampai satu hari nanti, kita nak tengok terumbu karang, kena pegi Aquaria je...