
Pemilik Scomadi Berkumpul Memeriahkan Acara Autoshow Di Johor Bharu
GAYA HIDUPMemang meriah! Itu sahaja yang boleh digambarkan dengan acara Autoshow yang dianjurkan oleh Kelab Scomadi Johor di Kilang Bateri, Johor Bharu kelmarin.
Kira-kira 250 orang pemilik Scomadi dari seluruh negara termasuklah Singapura turut menjayakan karnival autoshow tersebut. Rata-rata yang hadir juga telah mengikuti konvoi yang diadakan untuk ke acara berkenaan. Ada yang dari Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kuala Lumpur dan lain-lain negeri.
Terdapat pelbagai acara yang dianjurkan untuk pemilik Scomadi di karnival tersebut, antaranya autoshow, pertandingan ekzos bingit, ‘slow-ride’, serta gymkhana selain daripada pelbagai gerai jualan.
Bagi pertandingan autoshow, terdapat pelbagai kategori yang dipertandingkan iaitu Sticker terbaik, Airbrush terbaik, Modifikasi Racing terbaik, serta kategori Klasik terbaik. Untuk anugerah khas, pihak penganjur juga memberikan anugerah rider kental serta anugerah peserta teramai yang telah dimenangi oleh Cheras Scomadi Community dengan jumlah peserta seramai 25 orang.
Sementara itu anugerah yang paling ditunggu iaitu King Of Scomadi telah dimenangi oleh peserta daripada Scomadness X Yahoo Motorworks iaitu saudara Amir yang juga merupakan presiden kelab Scomadi Malaysia.
Jom kita tengok gambar yang dikongsikan oleh salah seorang editor kami yang turut serta dengan konvoi serta acara tersebut…
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video