Kata Nak Galakkan 'Cashless' Tapi Peniaga Terima Wang Menerusi DuitNow QR Akan Dicaj Bermula 1 November

GAYA HIDUP
September 27, 2023 - 05:00 PM


Selepas menghadapi bebanan kenaikan harga barang dan beras yang membuatkan ramai terkesan -- kini golongan peniaga bakal menerima tekanan baharu apabila mereka terpaksa membayar caj transaksi menerusi penerimaan wang daripada aplikasi DuitNow QR!

Peraturan baharu itu bakal dilaksanakan bermula 1 November depan.

Dalam satu e-mel, RHB Reflex memaklumkan penstrukturan harga itu dibuat oleh DuitNow, meliputi semua bank.

Menurut e-mel berkenaan caj akan ditolak daripada akaun semasa atau simpanan pada setiap 5 hari bulan.

Menerusi laporan MalaysiaNow -- bahagian khidmat pelanggan RHB Reflex mengesahkan “merchant” atau penjual yang menerima wang menerusi DuitNow QR akan dikenakan caj bergantung kepada mod pemindahan wang.

“Sebanyak 0.25 peratus akan dicaj daripada akaun penjual jika pembayaran dibuat daripada akaun semasa atau simpanan, manakala 0.50 peratus dikenakan untuk pemindahan menerusi kad kredit,” katanya.

Perkhidmatan DuitNow QR membolehkan pemindahan wang antara bank dan entiti bukan bank menerusi imbasan kod.

Ia ditubuhkan melalui PayNet di bawah Interoperable Credit Transfer Framework BNM.

Sebelum ini, tiada caj transaksi dikenakan untuk pemindahan wang bawah RM5,000. 

Caj sebanyak RM0.50 dikenakan untuk transaksi melebihi amaun RM5,000.

Antara entiti bukan bank yang menggunakan DuitNow QR termasuklah Boost, Grabpay, Setel dan Touch ‘n Go.

Perkara itu turut dimaklumkan oleh khidmat pelanggan Maybank ketika dihubungi MalaysiaNow.

“Caj dikenakan untuk pemindahan antara bank dan aplikasi yang menggunakan khidmat DuitNow.

“Tetapi jika pemindahan wang antara penghantar dan penerima menggunakan Maybank QR, tiada caj dikenakan,” katanya.

Destination: