
Penjualan Duit Kertas Istimewa Versi Star Wars Sempena The Last Jedi
GAYA HIDUPPeminat Star Wars seluruh dunia akan boleh membeli wang kertas Star Wars yang akan dijual sebagai memorabilia sempena pelancaran filem terbaru Star Wars : The Last Jedi.
Walaupun wang ini tidak boleh digunakan untuk jual beli, ia dikeluarkan hanya sebagai collector item. Peminat berpeluang untuk membeli matawang ini yang dijual dengan harga 100 pound atau sekitar RM 500 di eBay.
Selain itu, 50 wang kertas premium yang unik juga akan dibuka untuk bidaan. Filem terbaru siri Star Wars ini akan dilancarkan pada 14 Disember di UK dan dikatakan antara filem Star Wars yang terpanjang iaitu selama 2 jam setengah.
Seperti matawang kertas sebenar, matawang ini juga mempunyai beberapa ciri istimewa seperti imej tersembunyi yang hanya terlihat dibawah cahaya UV, lambang First Order dan Resistance serta tanda tangan penulis dan pengarah Rian Johnson.
Jika anda ingin membuat bidaan, sila ke pautan www.ebay.co.uk/starwars. Pada masa artikel ini ditulis, lagi satu jam untuk bidaan. Selamat Berjaya.
Sumber : Independent
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video