Penyanyi Elyana Kini Bebas Dari Kanser Dan Mendedahkan Doktor Yang Merawatnya Sepanjang 11 Tahun

GAYA HIDUP
January 03, 2022 - 10:32 AM


Seorang penyanyi terkenal, Elyana yang terkenal dengan lagunya Tak Tercapai Akalmu disahkan bebas dan pulih dari kanser limfoma tahap empat yang ditanggung sejak 11 tahun lalu. 

Elyana seorang yang kuat kerana sepanjang menghadap penyakitnya lebih sedekad, dia tidak pernah berhenti berharap malah tetap berjuang melawan kesakitannya tersebut.

Terbaru, Elyana berkongsikan sekali lagi kepada umum mengenai status kansernya itu. Dalam penulisannya itu, dia menyatakan bahawa Allah telah mendatangkan pelangi yang telah lama hilang. Keputusan scannya sangat ajaib apabila kansernya hilang.

Elyana memuat naik post di instagramnya tentang identiti doktor yang merawatnya selama 10 tahun berdepan dengan penyakit itu kepada umum atas tanda dasar terima kasih. 

Perkongsian Elyana tersebut mendapat reaksi yang positif dari rakan artis dan netizen. Ramai memberi kata-kata semangat dan pujian atas kesabaran Elyana dalam berjuang dengan kanser. 

 

 

Destination: