Peraturan Baru Kemasukan Ke Australia – Apa Yang Boleh Bawa & Tidak?



Bermula hari ini (17 April 2019), pelawat dan pelancong ke Australia yang gagal untuk declare sesetengah barangan atau barang larangan berkemungkinan besar akan menyebabkan tempoh visa akan dipendekkan atau dibatalkan terus.

Sebelum korang memasuki Australia, ataupun ada perancangan ke Australia selepas ini, pastikan korang fahamkan undang-undang terbaru yang diperkenalkan dan berkuatkuasa hari ini.

Undang-undang keselamatan Bio Australia sangat ketat dan sesetengah masakan dan makanan luar termasuk dalam senarai. Selain makanan, antara yang terlibat dan dinyatakan dalam undang-undang baru ini adalah barangan melibatkan tanaman, dan produk berasaskan haiwan.

Bermula 17 April, undang-undang baru memasuki Australia ni akan membolehkan pihak berkuasa sana untuk memendekkan atau terus membatalkan visa pelawat yang telah dikeluarkan.

Jadi, sebelum memasuki atau semasa merancang perjalanan ke Australia nanti, sila baca dan fahamkan dahulu senarai barangan yang terlarang ini.

Apa Yang Boleh Dibawa Masuk / Apa Yang Dilarang Bawa Ke Australia?

Makanan

Makanan atau bahan untuk memasak ada yang perlu dinyatakan dalam Incoming Passenger Card yang akan diberikan dalam kapal terbang. Harap maklum yang mereka tetap akan check bagasi kalau ada bawa makanan.

Yang boleh dibawa adalah kopi, biskut, kek, roti, coklat, maple syrup dan minyak manakala yang korang kena declare adalah teh, rempah, jeruk, beras, kekacang dan produk tenusu.

Banyak juga barangan berasaskan makan yang korang kena declare, dan makanan dari kapal terbang dilarang untuk bawa sama sekali ye… Rujuk senarai makanan yang boleh dibawa masuk ke Australia ini.

 

Ubat – Ubatan

Semua jenis ubat untuk kegunaan sendiri adalah dibenarkan dengan syarat ada surat ataupun salinan deskripsi ubat tersebut dalam bahasa Inggeris daripada doktor yang menyatakan ubat tersebut diberikan untuk merawat penyakit dan pastikan bekalan ubatan yang dibawa adalah tidak melebihi 3 bulan.

Ubat-ubatan sebaiknya dikekalkan dalam bungkusan asal dan declare.

Maklumat lanjut berkenaan ubat yang dibenarkan bawa masuk ke Australia, boleh rujuk disini : Ubat – Ubat Dibenarkan Di Australia

 

Tanaman, Bunga Dan Biji

Pokok hidup TIDAK DIBENARKAN.

Kebanyakan tanaman hidup tidak dibenarkan dibawa masuk melainkan ada dokumen import yang sah dari Department of Agriculture and Water Resources.

Walaubagaimanapun, biji benih adalah dibenarkan tapi perlu di-declare.

Maklumat lanjut tentang membawa tanaman ke Australia boleh didapati di sini : Tanaman, Bunga Dan Biji Benih

 

Barangan Perayaan

Ramai antara kita akan ke Australia untuk sambut Raya disana. Menurut ABF, segala barangan untuk kegunaan perayaan perlu di-declare.

Macam contoh, nak bawa masuk air zam-zam, kekacang, teh dan lain-lain adalah dibernarkan tapi kena declare. TAK BOLEH bawa sayuran segar, daging dan produk berkaitan daging – rendang tak boleh bawak nampaknya.

Maklumat lanjut boleh dirujuk sini : Senarai Barang Larangan Untuk Dibawa Ke Australia

KALAU DAH TERBAWA BARANG LARANGAN / Barang Tersenarai, Apa Tindakan Perlu Dilakukan?

Bila nak ke Australia ni, macam yang kami kata atas tadi, korang akan diberikan Incoming Passenger Card oleh krew pesawat.


Ini Contoh Card-nya

Ini adalah dokumen sah dan rasmi, jadi jujur dan declare barangan dengan menanda ruangan YES.

Setibanya di tempat pelepasan, korang akan diminta untuk tunjukkan atau mereka akan cari semua barangan tersebut dan mereka akan minta korang buangkan barangan tersebut di tempat yang disediakan.

KALAU TAK DECLARE ?

Ini akan jadi masalah. Kalau tidak declare atau menipu, setiap barangan atau bagasi akan lalu di mesin pengimbas dan di Australia mereka akan gunakan anjing pengesan.

Kalau korang menipu atau tak jujur dalam barangan yang dideclare, korang berkemungkinan :

  • ditahan
  • dikenakan penalty civil
  • didapati bersalah, dedenda melebihi A$ 420,000 (RM1.2 Juta) dan dipenjara sehingga 10 tahun dan mempunyai rekod jenayah.

Anda akan dikenakan hukuman dibawwah Akta Biosecurity 2015, namun SEKIRANYA DI-DECLARE dengan jujur, anda tidak akan dikenakan sebarang hukuman.

Sumber : Australian Border Force

LAGI CERITA BERKENAAN AUSTRALIA :

10 Panduan Asas Memandu di Australia

7 Mitos Tentang Migrasi Rakyat Malaysia Di Luar Negara