Pernah Digunakan Dalam Filem ‘The Matrix’, Nokia Keluarkan Semula Model Klasik Ini…

GAYA HIDUP
February 26, 2018 - 04:49 PM


Nokia datang dengan idea yang lain daripada pengeluar lain iaitu keluarkan semula model ikonik mereka iaitu 8110 4G yang pernah diguna oleh Keanu Reeves dalam filem The Matrix.

Model Nokia 8110 4G ini telah diperkenalkan di MWC dan merupakan salah sebuah produk yang menjadi tarikan para pengunjung. Jika sebelum ini, Nokia telah mengeluarkan verisi terbaru model ikonik mereka 3310 dan kali ini mereka keluarkan semula model 8110 dengan fungsi slide untuk menjawab panggilan serta matikan panggilan.

Didatangi dengan skrin bewarna 2.4 inci dengan paparan 320 x 240 pixel sama seperti yang ada pada model 3310 baru mereka. Selain itu, model 8810 4G ini dilengkapi dengan dual-core processor, 512MB Ram dan penstoran berkapasiti 4GB.

Walaupun dikatakan agak kecil kapasiti memorinya, namun pada Nokia ia sudah mencukupi untuk memberikan fungsi asas sebuah telefon dan untuk model ini, Nokia memang  mensasarkan untuk mengeluarkan telefon yang mempunyai ketahanan bateri yang lama iaitu 20 hari untuk satu pengecasan ataupun 8 jam panggilan.

Pada kami, ia sesuai untuk dijadikan telefon kedua ataupun untuk tujuan kecemasan. Ataupun, boleh digunakan semasa travel.