Pernah Tak Korang Terfikir Kenapa Dinding Tandas Awam Kebanyakannya Tidak Ditutup Penuh?

GAYA HIDUP
October 30, 2017 - 11:58 AM


Sejak dari kecil lagi bila masuk tandas awam perkara ini sentiasa berada dalam fikiran. Lagi-lagi bila waktu malam. Ada sahaja bayangan muncul bahawa ada kepala yang akan intai dari bawah ataupun dari atas. Kenapalah diorang tak tutup penuh je. Jadi bagi menjawab persoalan ini, kami kongsikan kenapa ianya di cipta sebegitu.

 

1. Cleaner mudah hendak cuci tandas

 

Apabila mencuci tandas dalam kuantiti yang banyak, tandas dengan rekabentuk sebegini sebenarnya lebih mudah dibersihkan. Ruang yang ada di bawah dinding dan pintu membolehkan air mengalir dari ruang luar dan tandas bersebelahan, membolehkan jumlah air yang digunakan untuk mencuci lantai tandas dikurangkan.

 

2. Sebab keselamatan

 

Sekiranya terdapat seseorang yang pengsan atau mati dalam tandas yang bertutup penuh, mungkin tiada pengguna tandas lain yang akan perasan. Jika dibandingkan dengan tandas dengan rekabentuk dinding yang tidak ditutup penuh, jika seseorang itu pengsan atau terjatuh dalam tandas, pengguna tandas di luar akan lebih mudah perasan dan boleh masuk ke dalam tanpa perlu memecahkan pintu tandas.

 

 

 

3. Mengurangkan kadar jenayah dan vandalisme

 

Konsep tandas dimana dindingnya tidak ditutup penuh ini juga dipercayai dapat mengurangkan kegiatan jenayah dan tidak bermoral seperti menghisap dadah dan aktiviti seks di dalam tandas. Selain itu, kegiatan vandalisme seperti menconteng dinding dan merosakkan kemudahan tandas juga dapat dikurangkan. Hal ini kerana rekabentuk sebegini yang lebih terbuka menjadikan pengguna tandas berasakan mereka tidak selamat untuk melakukan kegiatan-kegiatan jenayah dan tidak bermoral tersebut.

 

4. Lebih murah

 

Tandas sebegini biasanya dibeli secara pasang siap dan lebih murah. Tandas yang dindingnya ditutup penuh biasanya perlu diukur terlebih dahulu dan dibina khas, menhadikannya lebih mahal.

 

 

5. Pengudaraan lebih baik

 

Keadaan tandas yang sentiasa basah dan lembap menggalakkan pertumbuhan bakteria. Dinding tandas yang tidak ditutup penuh ini sebenarnya memberikan sistem pengudaraan yang lebih baik. Selain itu, rekabentuk tandas ini juga dapat mengurangkan bau yang tidak enak di dalam tandas.

 

6. Mudah kenalpasti jika tandas kosong

 

Tandas yang lebih terbuka ini sebenarnya lebih memudahkan kita mengenalpasti sekiranya sesuatu tandas itu ada orang atau tidak. Daripada bahagian bawah tandas yang terbuka ini kita dapat lihat refleksi melalui lantai atau cermin sama ada di dalamnya ada orang atau tidak.

 

7. Boleh menyelamatkan diri jika pintu rosak

 

Sesetengah orang mungkin mempunyai pengalaman buruk terperangkap selama berjam-jam di dalam tandas kerana kunci pada pintu tandas rosak. Rekabentuk tandas sebegini membolehkan anda meniarap keluar daripada tandas sekiranya terdapat kerosakan pada pintu tandas.

 

8. Menggalakkan pengguna keluar tandas segera

 

Tandas sebegini juga membolehkan pengguna tandas mengetahui sekiranya terdapat orang lain yang sedang menunggu di luar. Oleh itu, mereka akan segera menyelesaikan apa-apa yang patut dan segera keluar tandas. Sekiranya dinding tandas ditutup penuh, ada sesetengh pengguna tandas yang akan meluangkan masa yang sangat lama di tandas kerana leka bermain telefon pintar tanpa mengetahui ramai lagi orang lain yang sedang menunggu giliran untuk menggunakan tandas. 0380623779

 

9. Boleh minta tisu daripada tandas sebelah

 

Sekiranya anda menggunakan tisu dan mendapati tisu di tandas sudah kehabisan, maka cubalah minta daripada orang di tandas bersebelahan. Ruang di bawah dinding tandas itu boleh digunakan untuk mengambil tisu daripada orang di tandas bersebelahan anda.