
Perokok Perlu Tahu 5 Risiko Bahaya Bila Berbuka Puasa Dengan Rokok
GAYA HIDUPGambar: Free Malaysia Today
Bulan Ramadan merupakan bulan yang ekstra mencabar terutamanya di kalangan perokok. Jika sepanjang tahun boleh berasap sesuka hati tak kira masa, kini tiba masa untuk melatih diri menahan keiginan melunaskan rasa ingin merokok.
Namun pernahkah anda lihat telatah sesetengah orang. Bila dengar sahaja azan Maghrib berkumandang dan masuknya waktu berbuka puasa, dia terus menyalakan rokok.
Ada mengatakan mereka sudah tidak dapat menahan rasa ingin merokok. Bagi sesetengah perokok, menahan lapar dan dahaga itu lebih senang berbanding nak hadapi keinginan diri untuk merokok.
Apa yang mungkin adan sebagai perokok tidak sedar ialah sebenarnya merokok saat berbuka puasa sebenarnya boleh mendatangkan mudarat.
1. Meningkatkan risiko kanser usus
Tahukah korang selain kanser paruparu rokok juga boleh menjadi penyumbang kepada beberapa jenis kanser lain seperti kanser mulut, hati, pankreas dan juga usus. Merokok dalam keadaan perut kosong boleh menyebabkan nikotin meresap ke dalam badan dalam jumlah lebih besar berbanding perut yang sudah terisi. Jadi ia secara tidak langsung meningkatkan risiko kanser usus.
2. Pembuluh darah menyempit dan mengeras
Kandungan nikotin dan pelbagai jenis racun di dalam rokok boleh meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan aliran darah ke jantung . Akibatnya tekanan darah meningkat akibat saluran atau pembuluh darah semakin sempit. Sangat bahaya tahu!
3. Proses Penrcernaan Terganggu
Apabila seseorang merokok dalam keadaan perut kosong, kandungan asid dalam perut akan memberi tindakbalas d an ia meningkat. Secara tak langsung terus menggangu proses pencernaan selepas itu. Ini juga menjadi antara sebab mengapa perokok hilang selera makan.
4. Peningkatan kolestrol
Di dalam asap rook juga terdapat kandungan karbon monoksida. Apabila masuk ke dalam aliran darah ia akan menurunkan kandungan oksigen. Apabila ini berlaku orang yang merokok dalam keadaan perut kosong akan merasa pening dan lelah. Ini kerana selsel badan berdepan dengan masalah kekurangan oksigen. Selain itu, ia juga akan meningkatkan kadar kolestrol dalam darah.
5. Usus berdarah
Merokok juga boleh meningkatkan risiko terkena masalah inflamasi usus dikenali sebagai penyakit Crohn. Tandatanda penyakit ini ialah berlakunya pendarahan pada usus, sakit perut berulang dan cirit-birit. Dan jika berlarutan ia boleh menyebabkan penurunan berat badan secara mendadak.
Sumber: Hello Doktor
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video