Perpustakaan Rare Ini Membenarkan Korang Meminjam Manusia !!

GAYA HIDUP
October 06, 2021 - 11:45 AM


Korang semua mesti pernah datang perpustakaan untuk meminjam buku atau nak guna Wifi percuma untuk siapkan tugasan korang. Kalau min dulu zaman-zaman belajar, min suka datang library ni untuk aircond je sebab Malaysia ni kan panas. Namun, tak disangka nampaknya fungsi perpustakaan zaman sekarang ni dah jadi lebih advanced sebab ada sebuah library di Copenhagen, Denmark yang menyediakan khidmat untuk meminjam manusia, lapor Kompas.com.

Ianya dikenali sebagai Human Library dan jika korang datang ke tempat tersebut, korang dibenarkan untuk meminjam seseorang sama ada untuk mengadakan perbincangan secara ilmiah atau untuk berkongsi kisah hidup dan pendapat. Bagi korang yang sunyi atau ingin menambah idea, mungkin ini merupakan pilihan terbaik.

Terdapat pelbagai topik yang boleh dibincangkan, contohnya kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang kehidupan agama lain, isu gangguan seksual atau isu kesihatan mental. Pendek kata, semua jenis soalan boleh ditanya kepada individu tersebut asalkan orang tersebut mahu menjawab persoalan kita.

Setiap pengunjung hanya dibenarkan untuk meminjam selama 30 minit sahaja. Ronni Abergel, yang merupakan pengasasnya mengatakan, dia memulakan inisiatif itu sejak 2000 sebab nak bantu hilangkan sikap prejudis antara sesama manusia supaya semua orang akan lebih memahami tentang kehidupan masyarakat lain.

Disebabkan orang ramai mula berminat dengan gerakan The Human Library, difahamkan inisiatif ini telah dikembangkan ke beberapa negara lain.