Pertarungan 2 Jejaka Kacak Putera Mateen Vs KJ Di Padang Ekuestrian Siapa Pilihan Anda

GAYA HIDUP
August 22, 2017 - 10:42 AM


 

Mesti ramai yang tak sabar nak tengok perlawanan luar biasa ni kan. Perlawanan acara ekuestrian polo Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) akan membuka tirainya pada hari ini. Pertembungan ini bakal menyaksikan pasukan Malaysia yang terdiri dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan menentang pasukan kerabat diraja dari Brunei.

Pasti Taman Ekuestrian Putrajaya bakal dipenuhi dengan peminat sukan berkuda serta peminat kedua-dua ikon ini. Bagi pasukan Malaysia, Khairy, yang merupakan menteri pertama di rantau ini yang mengambil bahagian dalam sukan dwitahunan itu, akan bermain bersama enam pemain utama polo Malaysia.

Selain itu, Berdasar senarai pasukan yang mengambil bahagian, antara tujuh pemain yang disenaraikan dalam pasukan polo Brunei, empat pemain merupakan kerabat diraja Brunei iaitu Putera Abdul Mateen Bolkiah, 26, Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, 33, Pengiran Muda Bahar Bolkiah, 36, dan Pengiran Muda Abdul Qawi, 43 Mari kita lihat beberapa gambar yang bakal buat korang gigit jari.

Jadi buat para wanita sekalian yang manakan pilihan anda? KJ atau Putera Mateen?