Phabit : Fitnes Tracker Yang Lain Macam...

GAYA HIDUP
September 08, 2017 - 06:22 PM


Akhir – akhir ini lambakkan fitness tracker dikeluarkan oleh pelbagai pihak. Fitness tracker ini pulak, ada yang high-end dan ada pulak yang mampu milik. Kebiasaannya, yang mahal ni fungsi dia banyak dan yang mampu milik ni cuma ada kegunaan basic seperti, masa, kiraan langkah dan jarak.

Ada pula tracker yang didatangi dengan aplikasi di smartphone yang mana bila kita sambungkan, dia akan menunjukkan semua maklumat aktiviti yang kita buat seharian.

Menggabungkan konsep yang sama, iaitu peranti yang boleh mencatat aktiviti seharian dengan tumbuhan adalah konsep yang baru! Idea yang dikeluarkan oleh Jen-Hsein Chiu ini mungkin mampu mengubah dunia ataupun scene fitness tracker ini.

Konsep yang diterapkan amat mudah. Seperti fitness tracker lain juga, jika kita tak buat apa-apa maka peranti tu takkan catatkan apa – apa. Ini menyebabkan kita tak rasa bersalah. Sebab kalau kita tak bersukan, tiada apa-apa kesan ke atas kita. Tetapi, jika anda pengguna Phabit, sekiranya anda tidak bersukan atau tidak cukup melakukan aktiviti, applikasi ini akan menyebabkan tumbuhan anda mati.

Hah? Mana datang tumbuhan?

Inilah keunikan Phabit! Chiu meletakkan kita dalam keadaan bersalah sekiranya tidak bersukan kerana peranti Phabit ini akan disambungkan ke sebuah pod yang mengandungi tumbuhan. Jika senaman atau aktiviti yang kita lakukan itu mencukupi, aplikasi ini akan memberikan air dan cahaya yang secukupnya kepada tumbuhan yang ada dalam pod tersebut. Tapi, kalau tak cukup… Air dan cahaya tidak akan dibekalkan. Jika kita teruskan tak buat aktiviti, maknanya tumbuhan itu tak akan dapat air dan cahaya yang cukup dan akhirnya mati.

Pengumpulan data Phabit ditukar kepada tenaga untuk mengaktifkan peranti yang mengaktifkan system pengairan dan memberikan cahaya matahari ke POD. Jika kita tak konsisten , tumbuhan akan perlahan-lahan menjadi sakit dan mati. Walaupun kedengaran macam kita dipaksa utuk bersenam, tetapi pada Chiu, beliau beranggapan bahawa sebenarnya manusia ini perlukan alat yang betul.

Walaupun projek ini hanya dalam proses prototype, tetapi mana tahu, ini adalah jalan terbaik yang mampu mengubah gaya hidup kita.

Team Rileklah macam tak sabar nak tunggu Phabit dilancarkan kalau projek ni berhasil, dan harapnya harga dia pun tak terlalu mahal so nanti kita tengok, pokok siapa mati, pokok siapa hidup mekar macam taman bunga.

Sumber | Phabit|website