PU Riz Nekad Saman Wanita, Atas Pendedahan Yang Menjatuhkan Maruah

GAYA HIDUP
August 10, 2022 - 05:59 PM


Baru-baru ini, terdengar beberapa khabar angin yang kurang enak tentang perniagaan yang diusahakan oleh selebriti terkenal Neelofa. Inai Nunha yang terpalit dengan kontroversi masih menjadi buah mulut para netizen.

Terkini, suami kepada Neelofa, Haris Ismail menerusi hantaran di Instagram bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang telah mencalar nama baik perniagaannya.

Kata Haris, dia tidak mampu berdiam lagi dengan segala fitnah yang sudah tersebar di media sosial kali ini. Tindakan saman fitnah dan malu akan dibuat pihaknya.

Dalam hantaran di Instagram Story itu, beliau turut menyertakan bukti pembayaran yang dibuat oleh reseller 90% semuanya secara online.

Menurut PU Riz, sepanjang hidup beliau amat menitikberatkan adab, beliau tak mampu lagi berdiam diri selepas persepsi demi persepsi tidak benar dikeluarkan. 

Destination: