PUSPAKOM Lakukan Pemeriksaan Kenderaan Secara Percuma Sempena Aidilfitri 2019

GAYA HIDUP
May 23, 2019 - 03:25 PM


Bermula esok, 24 Mei 2019 sehingga 2 Jun 2019 (10 hari), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) akan memberikan pemeriksaan kenderaan percuma kepada kesemua pemilik kenderaan persenderian yang sudi melakukan pemeriksaan kenderaan secara sukarela.

Kempen yang dinamana #drivesafenoregrets ini merupakan inisiatif Puspakom dalam menggalakkan pengguna melakukan pemeriksaan yang sewajarnya kepada kenderaan mereka sebelum melakukan perjalanan pulang ke kampung.

Kesemua 53 pust pemeriksaan PUSPAKOM di seluruh negara akan terlibat kecuali cawangan Shah Alam, Pasir Gudang dan Lahad Datu. Waktu operasi adalah mengikut pusat pemeriksaan masing-masing.

 

Dalam masa yang sama, PUSPAKOM akan mendermakan RM2 kepada beberapa rumah kebajikan terpilih bagi setiap kenderaan yang menjalani pemeriksaan di pusat-pusat pemeriksaan seluruh negara ini.

 

Untuk yang tidak berkesempatan ke PUSPAKOM, unit bergerak akan disediakan untuk menjalankan pemeriksaan kenderaan secara pecuma di beberapa kawasan iaitu :

 

26 Mei 2019, Ahad

i. Pasar Awam, Berapit, Pulau Pinang

ii. AEON Mall Nilai, Seremban

 

27 Mei 2019, Isnin

BHP Petrol, Karak, Pahang

 

28 Mei 2019, Selasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Putrajaya

 

28 & 29 Mei 2019, Selasa & Rabu

Petronas Kerteh, Kuala Terengganu

 

29 Mei 2019, Rabu

UNISEL, Bestari Jaya, Selangor

 

30 Mei 2019, Khamis

Wisma DRB-HICOM, Shah Alam

 

Peluang macam ni diharapkan dapat dimanfaatkan oleh orang ramai terutamanya pemilik kenderaan persendirian bagi memastikan kenderaan yang bakal dipandu untuk pulang beraya nanti adalah dalam keadaan yang selamat.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen pemeriksaan percuma ini boleh hubungi 1-800-88-6927 ataupun layari www.puspakom.com.my