Ramadan Dah Dekat, Yang Mana Ada "Hutang" Jom Tengok Cara Ganti Puasa Ramadan Ni!

GAYA HIDUP
March 15, 2022 - 02:24 PM


Lagi beberapa hari kita akan melangkah ke bulan yang mulia di mana seluruh orang Islam akan menjalani ibadah puasa selama sebulan. Namun dalam kita teruja untuk menyambut bulan Ramadan jangan dilupakan kalau ada yang tertinggal puasa tahun lepas tu silalah cepat-cepat ganti ya.

Bagi yang ada tertinggal puasa disebabkan keuzuran, tentu ramai yang teringat ‘hutang’ puasa atau bayar fidyah yang belum ditunaikan.

Jadi, mari semak cara ganti puasa (qadha’) dan cara mengira fidyah yang perlu dibayar, sekiranya ada.

HUKUM GANTI PUASA RAMADHAN

Hukum menggantikan puasa Ramadhan adalah WAJIB. Tidak kiralah bagi yang membatalkan puasanya sama ada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran.

CARA GANTI PUASA RAMADHAN

Cara ganti puasa Ramadhan adalah sama dengan puasa Ramadhan, kecuali pada lafaz niatnya.

Lafaz niat ganti puasa adalah seperti berikut:

BILA BOLEH MULA GANTI PUASA RAMADHAN?

Kita boleh menggantikan puasa yang tertinggal pada bila-bila masa selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya, kecuali pada hari yang dilarang berpuasa seperti pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

BAGAIMANA MENGGANTI PUASA YANG SUDAH TERTINGGAL LAMA?

Kadangkala, terdapat kes di mana kita sudah lama meninggalkan puasa di zaman muda remaja. Sehinggalah sekarang, barulah kita terdetik untuk menggantinya. Jadi, bagaimana?

Sekiranya kita tidak berkesempatan mengganti puasa sehingga datang Ramadhan seterusnya, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.

Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diganti, dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari puasa ganti.

Manakala, jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.*

TUNAIKAN HUTANG TERLEBIH DAHULU

Puasa adalah suatu ibadah utama, iaitu termasuk dalam Rukun Islam ketiga.

Jadi, harus kita ingat bahawa mengganti puasa adalah sangat penting. Sehinggakan sesetengah ulama’ yang berpendapat ianya lebih utama berbanding puasa Sunat Syawal yang sering direbut ganjarannya.

Sumber Rujukan: Laman Web Masjid Al-Azim, Siraplimau.