Ramai Orang Kelantan Ada Gelaran "NIK" : Rupanya Bukan Biasa-Biasa Keturunan Mereka!

GAYA HIDUP
August 03, 2023 - 04:00 PM


Umum tahu mengenai gelaran Syed, Sharifah yang berdasarkan keturunan -- namun ramai tidak tahu mengenai gelaran Nik.

Gelaran Nik sering digunakan dalam kalangan rakyat di Kelantan, Terengganu dan Pattani Darus Salam.

Menurut artikel blogger Nick Nashram -- Nik merupakan awal nama keluarga yang terkenal di sebelah pantai timur dan terdapat pelbagai teori tentang asal usul nama ini.



1) Berdasarkan info yang diperolehi daripada Majlis Agama Islam Kelantan -- keturunan Nik ada dua jenis iaitu :

- yang diberi gelaran atau pangkat oleh raja-raja zaman dulu kala

- dikira keturunan bangsawan atau pembesar

2) Keduanya, keturunan Nik asli -- maknanya nama yang bermula dengan Nik ini berasal atau berpunca dari keturunan Syed Husin, cucu Rasulullah.

Tapi hati-hati, keturunan Syed juga terbahagi kepada dua iaitu yang berasal dari nasab Rasullulah SAW atau yang sudah tidak asli seperti kaum India yang lahir pada hari Jumaat.

Biasanya hanya mereka dan keluarga mereka yang asal (yang masih menjaga nasab) mengetahui keaslian keturunan mereka.

3) Dalam masyarakat tradisional Kelantan, nama pangkal Nik melambangkan status sosial yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat.

Tengku berada di kedudukan teratas, diikuti Nik dan gelaran Nik adalah unik bagi Kelantan sahaja.

Selain itu -- Tuan, Wan dan Raja malah Che juga turut digunakan tetapi tidak seluas dan sekerap Nik.

4) Oleh yang demikian, orang Melayu yang bernama pangkal Nik -- 99.9 peratus boleh dikesan susur galur mereka dari negeri Kelantan, walaupun bukan menetap atau dilahirkan di Kelantan.

5) Nama Nik wujud setelah mana kerabat raja lelaki berkahwin dengan bukan kerabat -- maka anak akan diletakan nama Nik, tidak kira walaupun ayah bergelar raja, tengku atau tuan.

6) NIK banyak digunakan kerana ketiga-tiga cabang keluarga diraja Kelantan tak kira Raja Jembal, Long Gaffar atau Long Yunus memang menggunakan nama Nik bila sebelah perempuan berkahwin dengan orang luar.

Bila sudah berkahwin, gelaran yang akan diberikan kepada anak-anak adalah seperti berikut :

  • tengku (lelaki ) kahwin perempuan biasa = tengku
  • tengku (perempuan) kahwin lelaki biasa = nik atau tengku
  • raja (lelaki) kahwin perempuan biasa = nik atau raja
  • raja (perempuan) kahwin lelaki biasa = nik
  • nik (lelaki) kahwin perempuan biasa =nik
  • nik (perempuan) kahwin lelaki biasa = tiada
  • tuan/wan/che (lelaki) kahwin perempuan biasa =tuan/wan/che
  • tuan/wan/che (perempuan) kahwin lelaki biasa =nik/tiada/tiada/

*** Tetapi bila dunia sudah semakin moden, ramai tidak lagi memandang gelaran dan melihat ia sekadar nama tanpa makna tersirat.

Destination: