Ramai Tak Sabar Nantikan Kemunculan Haha Dan Kim Jong Kook Mac Nanti!

GAYA HIDUP
January 29, 2019 - 05:13 PM


Stadium Malawati Shah Alam akan digegarkan dengan dua nama besar bintang program Running Man yang akan mengadakan konsert pada bulan Mac nanti.

Bintang yang dimaksudkan semestinya ‘Sparta’ Kook ( Kim Jong Kook) dan Haha yang sebelum ini pernah membuat penampilan bersama Skull di Kuala Lumpur.

Konsert Haha Dan Kim Jong Kook 2019 di Malaysia ini dijadualkan berlangsung pada 2 Mac 2019 ( Sabtu) bermula jam 6 petang.

Mungkin kerana tarikh konsert mereka ni lambat lagi, tiket konsert Haha & Kim Jong Kook pun sebenarnya banyak lagi di atas talian.

Apa yang penting, semestinya para peminat Runningman dan khususnya Jong Kook dan Haha akan dipersembahkan dengan lagu solo dan duet nanti. Cuba bayangkan, konsep atau genre yang dibawakan kedua-dua penyanyi ini sangat berbeza tau.

KJK dengan lagu berentak balada atau perlahan ,dan Haha pulak dengan genre Reggae. Pastinya kedua mereka menjanjikan persembahan yang luar biasa dan hebat.

Dalam masa yang sama, pasangan Haha dalam kumpulan RPH (dulu dipanggil Skull & Haha); Skull juga dikhabarkan akan membuat penampilan. Memang Reggae habislah konsert tu nanti.

Tiker secara ‘offline’ dah mula dijual di kedai Mcalls di Nu Sentral, Sunway Pyramid dan banyak lagi dan atas talian boleh di beli di laman web MacpiePro (www.macpiepro.com) bermula 21 Januari lepas.

Harga tiket bermula RM153 (zon biru), RM243 (zon hijau), RM333 (Zon Ungu), RM453 (Zon Kuning) dan RM493 (Zon Merah).