Ramai Wanita Mengandung Terlepas Pandang! Ada 2 Perkara Yang Haram Ditayangkan!
GAYA HIDUPTak semua wanita diberi nikmat mengandung. Merasa teruja dan meraikan pengalaman hamil sudah semestinya menjadi detik istimewa dalam kehidupan yang ingin dikongsikan dan juga disimpan.
Namun dalam keterujaan tersebut, sebenarnya ada perkara yang diharamkan oleh wanita hamil untuk berkongsi kepada khalayak. Jom ikuti perkongsian seorang wanita.
Seorang selebriti media sosial yang aktif membuat perkongsian berkenaan keagamaan dan motivasi, Aisyah Hijanah, tampil berkongsi perkara yang haram dilakukan oleh wanita hamil yang mungkin ramai terlepas pandang.
@aisyahhijanah Jangan buat 2 benda ni tau! Aisyah pakai Aqsa Series @hijanahofficial #aisyahhijanah #foryoupage #tiktokmalaysia #dakwah ♬ I'tiraf (Seruling) - Instrumental - Bakhtiar Baharin
"Ada dua benda ni yang sebenarnya perempuan pregnant tak boleh tunjuk. Tapi yang nombor dua ini mesti anda terkejut... tak boleh tunjuk rupanya.
"Yang pertama adalah kita punya baby bump, kadang-kadang tu ada perempuan dah pakai baju loose (longgar) tapi sebab baby bump dia memang besar... kalau pakai baju loose sekalipun akan nampak walau dia tak pakai baju ketat.
"Itu tak apalah. Tapi kalau baby bump memang nampak, lepas itu sengaja pakai ketat, yang itu tak boleh," katanya dalam video perkongsian tersebut.
Manakala perkara kedua di mana seorang wanita hamil haram melakukannya adalah menunjukkan gambar imbasan bayi.
"Yang scan baby itu pun tak boleh tunjuk juga sebab zahirnya janin adalah yang tersembunyi. Bila kita tunjuk dekat orang, dia tak selari dengan janin tu sendiri iaitu ia 'tersembunyi'.
"(Kesimpulannya) yang pertama adalah baby bump, dan yang kedua adalah scan 2D tu," ujarnya lagi.