Rekaan 'Mockup' Android 12 Telah Dikeluarkan, Nampak Macam iOS?

GAYA HIDUP
February 09, 2021 - 11:58 AM


Kepada pengguna Android di luar sana, korang mesti tak sabar nak tunggu OS terbaru Android 12 kan? Setiap tahun Google akan mengemaskini versi Android mereka kepada versi yang lebih baharu. Dan pada tahun 2021 ni, Android 12 dijangka akan keluar tidak lama lagi. Dan di sini merupakan gambaran pertama untuk Android 12 yang sedang viral di internet.

Dari gaya design yang digunakan, memang ada iras-iras iOS, seperti icon yang keluar di bucu kanan atas yang menunjukkan sekiranya aplikasi yang dibuka menggunakan kamera atau microphone. Dan korang juga boleh lihat di notification bar baru mereka menunjukkan gambar profil penghantar messages. Android 12 juga memastikan tema icon mereka sama warna dengan wallpaper yang digunakan.

 

Kebanyakan Launcher juga telah disusun ke bahagian kiri skrin dan ciri 'Weather' pula diletakkan di atas hari dan tarikh. Di gambar atas, korang boleh lihat garisan hitam yang berkemungkinan besar menunjukkan pengguna boleh menarik skrin tersebut ke bawah untuk keluar dari paparan tersebut. Dan kebanyakan paparan widget sudah semakin bulat berbanding Android 11.

Korang juga boleh tengok quick setting (hanya 4 pada waktu ini) dan ikon untuk setiap setting tersebut sudah dibesarkan untuk memudahkan pengguna menekan setting tersebut. Jadi apa pendapat korang terhadap mockup Android 12 ni? Adakah ianya merupakan satu design yang cantik atau korang lebih prefer design pada Android yang sebelumnya?