
Review Filem Aquaman Antara Filem DC Terbaik Setakat Ini
GAYA HIDUPFilem terbaru dari superhero DC comic baru sahaja ditayangkan di Malaysia. Pastinya buat mereka yang mengikuti perkembangan superhero Justice League akan puas hati apabila selesai menonton filem ni. Boleh dikatakan filem Aquaman ini adalah filem terbaik keluaran DC, lebih baik dari Superman dan Justice League atau Wonderwomen.
Jika nak dibandingkan filem Aquaman ini setaraf atau leboh baik dari siri Marvel Thor. Malah dari segi GCI kami boleh bagitau lebih hebat dari Asgard.
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan Arthur Curry mendapat tahu yang dia adalah pewaris kepada kerajaan di bawah lautan, Atlantis. Dengan pengetahuan baru itu, dia bukan sahaja perlu mengetuai orangnya sahaja tetapi turut menjadi wira kepada dunia. Saksikan filem yang cukup menarik ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 12 Disember 2018 untuk mengetahui kisah seterusnya.
Untuk review penun ini kami kreditkan kepada saudara Hans
Review:
Sejujurnya, apa yang membuatkan kami tertarik untuk menonton filem ini hanya selepas melihat nama James Wan berada di kerusi pengarahnya. Ini kerana filem-filem keluaran DCEU sebelum ini agak mengecewakan dan kami memang berharap James Wan mampu meneruskan kecemerlangannya sebelum ini di dalam filemfilem seram serta aksi kepada filem Aquaman ini. Tetapi, apa yang mengejutkan aku ialah James Wan memang betul-betul berjaya memberikan kejutan yang bukannya sedikit tetapi kejutan yang tersangat besar sehingga aku merasakan DCEU seolah-olah memperoleh sebuah sinar harapan untuk bangkit semula selepas ini bagi memberi saingan kepada filem-filem keluaran Marvel.
Filem Aquaman telah membuktikan bahawa DCEU tidak perlu lagi kekal di dalam kepompongnya untuk menghasilkan filem-filem superhero yang mengikut formula acah-acah kisah berat dan gelap dari segi jalan cerita dan perkembangan wataknya yang menyebabkan filem-filem mereka sebelum ini kelihatan terlalu serius dan berat untuk dihadap. Aquaman berjaya tampil dengan gaya tersendiri yang dilihat seimbang daripada segi plot penceritaan, perkembangan semua wataknya, nilai imaginasi dan fantasi penulis layarnya, nilai humor yang bijak dibentuk serta kehebatan grafik dan kesan khas CGI yang menjadikan filem ini sebagai sebuah filem superhero yang sangat epik dan begitu layak untuk diiktiraf sebagai filem penutup di tahun 2018 yang sangat menghiburkan.
Satu perkara yang membuatkan kami jatuh cinta dengan naskhah filem ini ialah visual filemnya yang memaparkan nilai estetika serta fantasi yang sangat memukau, indah dan begitu teliti di dalam penghasilannya walaupun ada sesetengah babak itu dipertontonkan tidak sampai lima minit seperti pengenalan awal tentang kisah sejarah Kerajaan Atlantis yang memerintah dunia di daratan sebelum tenggelam di dasar laut. Selain itu, filem ini turut berjaya menceritakan tentang kisah tujuh kerajaan pemerintah lautan ini dengan baik menyebabkan aku sebagai penonton begitu mudah memahami setiap kelebihan, kekurangan serta hubung kait antara kesemua kisahkisah ini dengan sempurna. Sebagai penonton semestinya kami berasa cukup gembira kerana mata sentiasa dijamu oleh latar tempat, karakter serta visual berkenaan kisah kesemua tujuh-tujuh kerajaan ini melalui bantuan visual serta kesan khas yang berjaya memukau minda gara- gara fantasi mereka yang begitu indah. Nampaknya produksi filem ini betulbetul bangkit dengan menawarkan pengalaman indah menonton perjalanan fantasi di laut dalam dan kerajinan mereka di dalam menghasilkan setiap latar tempat melalui bantuan teknik kesan khas, props, skor bunyi serta pakaian para pelakonnya sewajarnya diberikan pujian yang menggunung.
Perjalanan plot cerita filem ini tidak lah terlalu kompleks. Kami boleh katakan jalan ceritanya amat mudah difahami kerana ia bergerak sehala. Tetapi, menariknya disini walaupun perjalanan ceritanya bergerak lurus ke hadapan tetapi konflik-konflik yang dicetuskan di dalam filem ini melalui kesemua watak-wataknya yang berjaya menjadikan filem ini betul-betul menarik untuk ditonton daripada permulaan sehingga kepada babak akhirnya. Anda sebagai penonton akan tertanyatanya kemana menghilangnya Ratu Atlana? Bagaimana kaum manusia boleh menyerang kerajaan lautan dalam? Bagaimana si lanun Manta boleh memperoleh senjata berteknologi hebat? Kenapa King Orm begitu bencikan Arthur? Apakah benar tentang kisah mitos trisula yang diceritakan? Bagaimana kisah dan siapakah watak-wataka kerajaan lautan dalam yang lain yang dipertontonkan dalam pelbagai jenis dan bentuk? Bagaimana perjalanan Arthur di dalam menjadi pemerintah agung lautan dalam? Semua persoalan serta konflik ini yang membuatkan anda sebagai penonton sentiasa berasa teruja untuk mendapatkan jawapannya dan membuatkan anda langsung tidak berasa bosan saat menonton filem hebat yang berdurasi 2 jam 23 minit ini.
Filem ini menawarkan segala perkara yang anda sebagai penonton ingin lihat di layar perak. Kisah mengenai keluarga, cinta, tanggungjawab, keamanan dunia, kuasa sehingga lah kepada mesej alam sekitar yang bijak disampaikan berkenaan sampah sarap yang dilakukan manusia di daratan yang mencemar lautan sehinggakan anda tidak merasakan mesej yang anda terima tersebut seperti anda sedang berada di dalam bilik kuliah. Pada permulaan lagi aku tertarik dengan kisah keluarga Arthur dimana ibunya terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan Arthur dan bapanya demi keselamatan mereka. Kemudian, babak pertemuan diantara Arthur (Aquaman) serta Manta dimana mereka berbicara tentang nilai nyawa dan kematian juga bagi aku berjaya meletakkan filem ini di tahap yang tersendiri sejak awal lagi. Aku juga agak tertarik dengan sebuah dialog perbualan di dalam filem ini berkenaan air mata dimana salah satu watak yang tinggal di laut yang berbicara tentang kesedihan menyatakan "Di dalam sana, air laut membawa air mata kami." tetapi di balas pula dengan sebuah dialog yang agak cantik iaitu,"Namun disini lain kerana anda dapat merasakan kehadirannya." Boleh dikatakan hampir keseluruhan plot filem ini yang dihidangkan mempunyai kesinambungan yang menarik, bermakna dan tidak kosong
Jason Momoa telah berjaya menghidupkan watak Arthur @ Aquaman dengan cukup baik. Unsur humor yang dicetuskan oleh watak ini juga berjaya ditimbul dengan cara tersendiri yang tidak kelihatan seperti terlalu mencuba untuk membuatkan penonton ketawa. Keserasiannya dengan pelakon Amber Heard yang memegang peranan sebagai Mera juga turut memberikan kekuatan kepada filem ini untuk bergerak jauh memikat hati para penonton. Pelakon-pelakon lain seperti Patrick Wilson dan Yahya Abdul Mateen yang memegang peranan antagonis juga turut dilihat berjaya memberi warna yang positif kepada watak masingmasing untuk menyinar sama hebat seperti pelakon utamanya yang lain.
Sinematografi di dalam ini sangat berjaya menonjolkan keindahan setiap kerajaan lautan dalam. Keindahan yang dipertontonkan ini bukan sekadar pemandangan indah dan menawan seperti mana yang dapat dilihat pada bandar pemerintahan kerajaan Atlantis sahaja tetapi juga keindahan di dalam memaparkan dunia gelap kerajaan Trench yang begitu menyeramkan terutama apabila babak kejar mengejar yang melibatkan ribuan makhluk menyeramkan tersebut. Seterusnya sewaktu babak peperangan di laut dalam yang melibatkan kerajaan-kerajaan pemerintah laut yang turut berjaya dipertontonkan dalam keadaan yang menarik dan agak kemas.
Filem Aquaman sememangnya merupakan sebuah filem keluaran DCEU yang wajar diraikan oleh semua penonton. Jadi, disini aku senaraikan beberapa sebab kenapa anda perlu menonton filem ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 7 Disember 2018 ini.
Filem: Aquaman
Penilaian: 8/10
Pengarah: James Wan Genre:
Aksi & Pengembaraan Pelakon: Jason Momoa, Amber Heard, Patrick Wilson, Willem Dafoe, Nicole Kidman, Dolph Lundgren, Yahya AbdulMateen II, Temuera Morrison & Etc.
Tarikh Tayangan: 13 Disember 2018
Pengedar: Warner Bros. Pictures