Aksi Nakal Rimau Malaysia Jadi Tumpuan di Sukan SEA KL 2017

GAYA HIDUP
August 28, 2017 - 11:22 AM


Maskot Sukan SEA KL 2017 iaitu Rimau kini jadi tumpuan Naztizen untuk bergambar tiap kali berjumpa "binatang" ini di stadium sukan SEA. Jika dilihat thred di akaun twitter @rimaumalaysia sentiasa di penuhi gelagat-gelagat natizen yang telah pun begambar dengan maskot ini.

Ada yang datang ke stadium semata-mata untuk berjumpa dengan Rimau Malaysia. Tak kurang juga cuba mengambil kesempatan untuk mengusik rimau ini semasa bergambar. Ada juga seorang makcik ini cuba "menggeletek" rimau menyebabkan rimau ini berasa geli hati.

Sementara itu, admin rimau malaysia yang sempoi di twitter juga membuatkan natizen seronok untuk melayan rimau ini. Reaksi rimau yang juga suka mengusik "Abah KJ" di twitter juga menjadi perhatian orang ramai.

Selain peramah, orang ramai juga merasakan maskot rimau ini begitu comel seperti kucing dan bukan harimau menyebabkan ianya begitu tertarik untuk bergambar bersama.

Jadi bagi mereka yang terserempak dengan rimau ini semasa di sukan sea jangan lupa bergambar dan memuatnaik gambar itu di twitter ya.

Rimau Malaysia bermaskud Respect, Integriti, Move, Atitude, Unity. Bagi mereka yang nak mengikuti perkembangan Rimau Malaysia boleh ikuti di twitter @rimaumalaysia.

Tu lah nakal sangat. Kan dah kena tangkap dgn abg polis.