Rindu Nak Makan Sizzling Yee Mee? Ini Adalah Resipi Untuk Korang Buat Sendiri Di Rumah
GAYA HIDUPDalam PKP 2.0 ni makin ramai yang mula masuk dapur balik untuk mencuba resipi-resipi yang baru dipelajari di internet. Jadi untuk korang yang tengah syok belajar dan mencuba resipi baru tu, apa kata korang buat makanan feveret rakyat Malaysia, Sizzling Yee Mee. Selalunya dapat dekat food court supermarket dan shopping mall je kan? Sekarang korang boleh buat di dapur rumah sendiri.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
- 2 gulung Yee Mee
- Ayam dipotong kecil / dadu
- 4 biji cendawan kering (sila rendam hingga kembang terlebih dahulu)
- 5 tangkai cili kering dipotong kecil (1 inci)
- 3 inci halia (diketuk)
- 5 ulas bawang putih dicincang
- 5 batang sawi yang dipotong dan dicelur terlebih dahulu
- 4 sudu besar sos tiram
- 4 sudu besar kicap pekat
- 2 biji telur
- 1 sudu besar tepung jagung
- 3 cawan air
- Serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
Cara Memasak Sizzling Yee Mee!
- Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, halia, dan cili kering dan biarkan sehingga wangi
- Kemudian masukkan ayam selama beberapa minit. Masukkan lada hitam dan kacau hingga sebati
- Masukkan sos tiram, kicap pekat, dan cendawan
- Campur air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih hingga kepekatan yang diingini dan padamkan api
- Panaskan hot plate dan masukkan Yee Mee beserta kuah tadi
- Pecahkan telur (jika mahu)
- Siram lebihan kuah dan masukkan sawi
Sedap Betul Yee Mee Ni, Macam Di Kedai!
Mudah je kan nak buat Yee Mee ni sebenarnya? Yang paling best, kalau korang suka makan cendawan, korang boleh letak di dalam kuah tersebut seberapa banyak yang korang nak. Bila dah try ni boleh la bagi isteri atau suami cuba masakan korang ye tak? Confirm diorang kagum dengan rasa yang sedap dan padu macam di kedai luar.
Sumber: Muhammad Zakwan (Facebook)