4 Air Fryer Terbaik Yang Ada Di Malaysia Untuk Dapur Korang Pada 2021

GAYA HIDUP
February 03, 2021 - 11:48 AM


Untuk korang yang tak tahu, air fryer ni merupakan peralatan dapur yang sangat mudah untuk digunakan. Pelbagai resipi dan jenis masakan yang boleh dilakukan hanya dengan menggunakan air fryer. Bukan tu je, disebabkan air fryer selalunya tidak menggunakan minyak, masakan korang akan jadi lebih sihat dan penuh dengan nutrisi. Ini adalah 4 air fryer yang korang boleh beli di Malaysia pada 2021.

 

1) Khind 2.6L Air Fryer ARF26

Ini merupakan air fryer yang sangat terkenal bagi peminat air fryer di Malaysia. Korang boleh mengawal suhu sehingga 200°C dan mempunyai fungsi auto-pause apabila korang menarik bakul air fryer tersebut. Ia juga mempunyai teknologi High-Speed air curculation di mana masakan korang akan menggunakan kurang minyak. 

Khind Malaysia

 

2) Russel Taylors AF-24

Russel Taylors merupakan satu brand yang terkenal untuk air fryer di Malaysia. Kapasiti sebesar 3.8 Liter memudahkan korang untuk memasak pelbagai jenis makanan. Sistem rapid air circulating juga menjadi tarikan kerana masakan korang akan siap dengan lebih pantas dan baik.

Russell Taylors

 

3) Tefal Easy Airfryer Precision EY401

Satu lagi brand yang diminati ramai kerana kapasiti XL yang boleh memuatkan sehingga 6 portion makanan tau! Bukan tu je, korang juga boleh goreng, grill, dan bake menggunakan air fryer ni. Ia juga mempunyai 60 minit timer auto-off untuk keselamatan. 

Tefal Malaysia

 

4) Philips Airfryer XXL HD9860

Kalau nak jimat masa, airfryer ni memang terbaik. Ianya mempunyai fungsi teknologi Smart Sensing di mana ianya akan adjust suhu secara automatik, jadi korang boleh rilek je tunggu makanan siap. Ia juga mempunyai teknologi Rapid Air di mana korang tidak lagi memerlukan minyak untuk masak.

Philips Malaysia

 

Jom Makanan Secara Sihat Dengan Airfryer!

Jadi itulah dia 4 jenis airfryer yang terbaik di Malaysia setakat ini. Memang mudah masak menggunakan airfryer dan makanan korang pun jauh lebih sihat jika nak dibandingkan dengan menggunakan cara masakan tradisional. Jadi kalau korang ada plan nak beli airfryer bolehlah consider 4 airfryer di atas. Selamat memasak!

Destination: