Ronaldo Merajuk Lagi Selepas Tidak Puas Hati Digantikan Ketika Menentang Korea

GAYA HIDUP
December 07, 2022 - 04:57 PM


Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo meninggalkan rakan sepasukannya yang sedang meraikan kejayaan di atas padang dan berjalan berseorangan menuju ke terowong selepas tamat perlawanan menentang Switzerland. 

Portugal menang 6-1 dalam aksi 16 terakhir awal pagi tadi dan akan menentang Maghribi Sabtu ini. 

Ronaldo disisihkan pengurus Fernando Santos selepas dia tidak berpuas hati susulan digantikan ketika menentang Korea Selatan. 

Santos tidak gembira dengan sikap kaptennya itu dan tidak menurunkannya, sebaliknya memberi peluang kepada pemain muda Goncalo Ramos tampil dalam kesebelasan buat kali pertama.

@keyull_ Abg CR7 masuk ❤️ #fifaworldcup #fifa #football #portugal #portugal🇵🇹 #cristianoronaldo ♬ Dreamers [Music from the FIFA World Cup Qatar 2022 Official Soundtrack] - Jung Kook & BTS

Ramos membalas kepercayaan itu dengan cemerlang apabila meledak hatrik sambil disaksikan Ronaldo di bangku simpanan. 

Bintang veteran dimasukkkan ketika permainan berbaki 17 minit dan kedudukan 5-1. Dia berjaya menjaringkan gol tetapi dibatalkan akibat ofsaid terlebih dahulu. 

Ronaldo tidak menunggu lama selepas tamat perlawanan dan menjadi pemain Portugal pertama menuju ke terowong. 

Dia sempat melambai pantas ke arah penyokong Portugal sebelum bergegas ke bilik persalinan manakala rakan sepasukan masih lagi bergembira di atas padang. 

Selepas tamat perlawanan, Santos menafikan dia menggugurkan Ronaldo kerana mempunyai konflik peribadi dengan bekas bintang Manchester United itu.