Sana Sini Mat Kilau, Ini Pula Sisi Pandang Berbeza Brader Ni Tentang Filem Mat Kilau

GAYA HIDUP
June 29, 2022 - 04:01 PM


Inilah orang kata sembang filem, bila tengok filem yang menarik masing-masing. nak sembang kencang, kritik macamlah dia pengarah filem Avatar. Namun kami agak tertarik dengan review yang di berikan oleh brader Helmi Affendy yang mengulas tentang sisi berbeza dari ulasan-usalan yang pernah kamii dengar di media. 

SEMBANG FILEM : SISI PANDANG BERBEZA TENTANG “MAT KILAU”

Mat Kilau - Boleh Tahan, Tapi Banyak Penambahbaikkan Yang Perlu Dipertimbangkan

Mungkin kerana aku masuk dengan jangkaan yang tinggi, aku agak kecewa. Jangan salah faham, filem ni tak teruk. Kalau ikut piawaian filem tempatan, filem ni dah cukup baik. Tapi aku tetap pulang dengan sekelumit rasa kecewa dalam diri aku.

Jadi, di mana aku nak bermula? Oh ya, mungkin aku nak tengok pada benda basic dalam seni penceritaan, tak kiralah novel atau filem, elakkan daripada terlalu "terlalu tell, tapi tak show." Padahal, prinsip pertama dalam seni penceirtaan ialah "show, dont tell."

Kenapa aku cakap macam ni? Baik, aku suka ambil filem nasionalis Korea dalam hal ini. Korang pernah layan Roaring Currents kan? Pasal Laksamana Yi dan perjuangannya melindungi Joseon daripada serangan Jepun kan? Korang boleh rasa betapa getirnya perjuangan Laksamana Yi demi bangsa dan negara.

Tapi perasan tak ada tak dialog dia pada setiap saat sebut perjuangan dia pasal apa, untuk apa, kenapa dia berjuang tu semua? Takde kan? Tapi macam mana korang dapat perjuangan watak utama sampai menangis sekali padahal korang bukannya orang Korea?

Itulah seni yang korang tak terperasan masa korang tonton. Cukup dengan jalan cerita, babak, dan situasi plot memberitahu korang bahawa watak utama memang pejuang bangsa. Dan benda ini korang tak nampak pada Mat Kilau, dalam kebanyakan scene.

Setiap saat, setiap minit, watak-watak utama dalam filem ni macam nak yakinkan kau bahawa diaorang ni berjuang demi Islam dan Melayu. Sekali sekala aku tak kisah, tapi bila terlalu kerap, dia jadi macam terlalu preachy sangat.

Bila terlalu kerap, dia jadi terlalu "tell, but dont show." Sejujurnya dengan babak-babak dalam filem ni, aku faham dah yang korang buat ni demi agama, bangsa dan negara korang. Watak-watak dalam filem ni macam tak yakin apa yang deme buat sampai nak kena bagitahu orang.

Cukup babak opening yang rasa sangat strong melibatkan Ellie Suriati tu, yang tu cukup untuk bagitahu bahawa filem ni tema utamanya tetang apa. Bagi aku, sebuah filem kalau jadi terlalu preachy, baik aku layan ceramah agama, dan kalau bab bangsa, aku dengar ahli politik UMNO atau PN ceramah kat aku jer bab "pertahankan Melayu".

Cukup aku ceramah pasal "show, dont tell." Sekarang ni kita nak bercakap pasal soal lain. Aku rasa babak aksi silat dalam ni. Walau aku rasa ada vibe KL Gangster sikit dalam babak aksinya, tetapi aku tetap puji sebab usaha untuk menaikkan aksi silat dalamnya. Terus teringat pada zaman kegemilangan drama-drama silat pendekar yang dulu pernah bermain di kaca TV kita.

Aku juga takde masalah dengan color grading dia walaupun masa awal-awal trailer keluar, orang komplen teruk. Entah, aku rasa color grading dia memang kena suasana panas kita di garisan khatulistiwa. Jadi, aku rasa agak nyaman kena dengan jiwa aku.

Dan masalah terakhir aku dengan cerita ini ialah pada ending dia. Aku rasa macam terlalu tergopoh-gapah. Aku cukup suka dengan babak perancangan perangkap tentera British masuk ke dalam hutan, dan Mat Kilau dan sahabat-sahabatnya serang mengejut dengan perangkap etc.

Sebab ini hampir paling tepat dengan sejarah. Mat Kilau dan para sahabatnya punya perang melawan British, dan aku memang menanti penuh babak ni. Kalau dalam sejarah, memang perang gerilla yang Mat Kilau gerakkan melawan British, dianggap perang paling costly kepada empayar.

Cuma dia jadi spoil, bila kau dah lawan sedap-sedap secara serang hendap, entah apa punya gila, kau tiba-tiba lari keluar dari hutan, dan serang British beramai-ramai macam takde pelan langsung. Dan dalam kau kena hadap kebodohan korang, tiba-tiba ada satu plot device yang dipanggil sebagai "deus ex-machina" yang melibatkan orang kampung membantu secara beramai-ramai.

Takde build up story langsung, daripada orang kampung yang asalnya tak setuju, tiba-tiba datang membantu. At least ada back story sikit, kisah macam ada orang datang ceramah ke, ada sesuatu terjadi ke, sampai deme pilih buat keputusan mendadak. Bila takde build up macam ni, aku anggap penulis skrip dia malas dan mencampakkan terus babak yang takde binaan dari asal.

Lepas tu secara jujurnya, aku rasakan bahawa ada bahagian filem ni yang membuatkan aku rasa sangsi. Tindakan British dalam ni terlalu bodoh, misalnya pergi bom jeti yang merupakan antara sumber ekonomi. Di sini masuknya makanan, di sinilah pengakutan, di sininya sumber rezeki orang kampung, dan meletupkan sumber ekonomi kampung, di mana British buat duit dengan kutip cukai agak kelakar bagi aku.

Selebihnya, filem ini tiada masalah sangat. Aku suka sangat lakonan daripada pelakon-pelakon. Deme betul menghayati semangat perjuangan agama, bangsa dan negara walaupun aku rasa Johan Ashari agak over sangat dengan mimik muka dia, sampai aku ketawa banyak kali.

Setakat itu ajelah kot review aku, jadi macam biasa, aku bagi 6/10. Semoga Malaysia berterusan buat filem seperti ini, dan aku harap di sini bukanlah penamatnya.

Kena ada banyak lagi filem ni, dan kritikan aku naikkan bukan jadi pelemah semangat, tetapi boleh diambil pengajaran untuk hasilkan karya seni yang lebih berkualiti.

P.S: Apsal tiba-tiba boleh muncul Freemason dengan New World Order tengah-tengah filem?

Sumber Artikel : Helmi Affendy

*Bro ni punya komen tentang filem Mat Kilau, jauh berbeza daripada kebanyakan penonton dan peminat filem tempatan. Namun, kita boleh mempelajari sesuatu daripada beliau. Dalam menilai sesebuah filem, tidak ada betul atau salah. Tetapi ia hanyalah “sisi pandang” berbeza, kerana setiap mata yang memandang dan hati yang menilai, semestinya akan punya perbezaan....

#SembangFilemBraderFilem

Apa pun wahai melayu semua jika anda rasa anda masih melayu tak kisah lah melayu rambut blonde ke rambut karat ke jom tengom filem ni...