"Sanggup Sorok Dadah Dalam Al-Quran" - Pasangan Suami Isteri Cuba Seludup Dadah Dalam Penjara

GAYA HIDUP
May 24, 2023 - 05:44 PM


Dadah sememangnya musuh negara. Hanya kerana dengan terlibat dengan dadah, satu institusi kekeluargaan itu boleh musnah dan merebak ke komuniti setempat. Pembanterasan penyeludupan dadah wajar diperbanyakkan dan diteruskan.

Di Indonsia sepasang suami isteri ditahan polis selepas didakwa cuba menyeludup dadah ke dalam Penjara Remaja Madiun, Jawa Timur. 

Cuba mengaburi pihak berkuasa, pasangan terbabit tergamak menyorokkan dadah jenis methamphetamine seberat 14.98 gram di dalam sebuah al-Quran ketika mengadakan lawatan ke penjara berkenaan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

Ketua Pejabat Wilayah Kemenkumham Jawa Timur, Imam Jauhari menjelaskan tangkapan itu berjaya dilakukan sekitar pukul 9.30 pagi di lokasi kejadian.

Ia bermula dengan syak wasangka daripada seorang pegawai penjara yang curiga dengan barangan dibawa suspek. Mujur tindakan pantas dari pihak polis menyedari niat jahat pasangan terbabit.

Destination: