Satu Spekulasi Di IG, Satu Lagi Up Status Di Twitter. Hubungan Noor Nabila & Suami, Aedy & Amelia Bakal Berakhir?
GAYA HIDUPSejak semalam (Ahad) kecoh di media sosial mengenai teka-teka dan spekulasi mengenai status rumah tangga kakak kepada pelakon Neelofa iaitu Noor Nabila dan suami, Engku Emran yang sekali lagi menjadi tanda tanya apabila usahawan tersebut dilaporkan memadam semua gambar bersama termasuk foto perkahwinan di platform Instagram.
Belum habis dengan dakwaan 'keretakan' suami isteri itu, hari ini (Isnin) -- timbul pula satu desas-desus juga pasangan pelakon selebriti yang hangat bercinta iaitu Aedy Ashraf dan kekasihnya aktres cantik, Amelia Henderson juga dikatakan sudah berakhir menerusi sebuah hantaran oleh Aedy di Twitternya.
Agaknya sekarang memang trend untuk selebriti dan pelakon popular menggunakan platform media sosial bagi memberitahu secara 'halus' mengenai perkembangan dan status terkini hubungan masing-masing ya.
Jom kita tengok apa yang kedua-dua pasangan ini luahkan di Instagram dan Twitter mereka.
KES NABILA & ENGKU EMRAN DI IG
Bukan sahaja memadam foto-foto suaminya, malah Noor Nabila yang juga usahawan berusia 37 tahun itu turut menukar gambar profil Instagram bersama anak lelakinya iaitu Jebat Jayden sahaja.
Malah, perkongsian gambar menyambut perayaan Hari Raya AidilAdha baru-baru ini turut mendapat pelbagai reaksi apabila warganet bertanya akan keberadaan Engku Emran.
Nabila juga menguatkan lagi spekulasi selepas dia dikatakan memuat naik perkongsian tulisan dari Jade Torres di Insta Story miliknya yang mengatakan bahawa seseorang itu berhak mendapat pasangan bersesuaian dan menyedari cinta bukannya bertepuk sebelah tangan.
Hasil tinjauan mendapati mereka berdua masih mengikuti media sosial masing-masing dan Engku Emran masih menggunakan gambar profil bersama Nabila.
Selain itu, gambar-gambar mereka berdua masih ada Instagram milik Engku Emran.
Terdahulu, Nabila menafikan dakwaan rumah tangganya berantakan pada Jun lepas dengan mengatakan dia memilih untuk menjaga privasi daripada menjadi tatapan umum.
Untuk rekod, Noor Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac tahun lalu dan masing-masing pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini.
Noor Nabila pernah berkahwin bersama pelakon Sharnaaz Ahmad pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.
Engku Emran pula pernah berkahwin dengan primadona filem Melayu, Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.
Dia kemudian berkahwin kali kedua dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella namun turut berakhir dengan perpisahan.
KES AEDY ASHRAF & AMELIA HENDERSON DI TWITTER
“Mungkin betul kata mereka, sesetengah orang hanya ditakdirkan untuk berada dalam hidup sebagai kenangan”.
Demikian status berbaur patah hati pelakon popular Aedy Ashraf dalam Twitter, sekali gus mengundang spekulasi ramai bahawa hubungan cintanya dengan kekasih hati yang juga aktres cantik, Amelia Henderson sudah berakhir.
Biarpun tidak menyebut sebarang nama, ciapan tersebut seakan-akan memberi gambaran bahawa hubungan percintaan pasangan kekasih itu sedang dilanda masalah atau dalam kata lain telah terputus di tengah jalan.
Lebih menguatkan spekulasi, ada pengikut yang meninggalkan komen bertanya mengapa mereka berdua sudah saling tidak mengikuti satu sama lain dalam Instagram.
🥀
— Aedy Ashraf (@aedyxashraf) July 28, 2022
Dalam hantaran lain, Aedy atau nama lengkapnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi turut memuat naik emoji bunga layu, seperti menggambarkan ‘Renjana’ (panggilan Aedy kepada Amelia) yang kini dipercayai menjauhkan diri.
Ciapan tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata kecewa seandainya hubungan mereka benar-benar sudah berakhir.
DOAKAN SEMOGA SEMUA BAIK-BAIK SAHAJA
Melihat kepada perkembangan hubungan terbaharu kedua-dua pasangan selebriti dan pelakon ini -- apa yang boleh kita sebagai netizen ataupun peminat respon hanyalah mendoakan agar segala yang berlaku antara mereka bakal baik-baik sahaja dan dijauhkan daripada sebarang persengketaan.
Biasalah orang tua-tua pun ada kata "sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri atau pasangan bercinta"...anggaplah ianya sebahagian asam garam dalam perhubungan dan kehidupan yang mematangkan!