Save The Date! "Royal Floria Putrajaya 2022" Kembali Ceriakan Anda Setelah Pandemik Bermula 29 Ogos Ini
GAYA HIDUPSetiap tahun bulan Ogos dan September merupakan bulan patriotik bersempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.
Memandangkan terdapat cuti umum di kedua-dua bulan tersebut, biasanya ramai yang mengambil kesempatan itu untuk melakukan percutian bersama keluarga dan rakan-rakan.
Jika anda masih belum mempunyai rancangan percutian pada kedua-dua bulan itu, anda boleh saja berkunjung ke Putrajaya!
Ini kerana selain terkenal sebagai pusat pentadbiran negara kita, Putrajaya juga menjanjikan banyak tarikan pelancongan serta aktiviti yang meriah untuk pelancong tempatan dan antarabangsa.
Tahun 2022 ini nampaknya kalendar acara Putrajaya rancak dan meriah dengan pelbagai aktiviti menarik dan paling menjadi 'highlight' sudah semestinya "Royal Floria Putrajaya 2022" yang bakal kembali setelah lama terhenti akibat penularan pandemik COVID-19.
Royal Floria Putrajaya 2022 akan diadakan selama 7 hari hari -- bermula 29 Ogos sehingga 4 September ini.
Festival bunga-bungaan yang paling berprestij di negara kita ini juga telah dianugerahkan dengan gelaran Diraja oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada penganjuran Floria 2014.
Untuk edisi 2022 ini -- ia akan diadakan di tapak kekal acara itu seluas 29 ekar yang dinamakan sebagai Anjung Floria di Presint 4, Putrajaya.
400,000 bunga-bungaan serta tumbuh-tumbuhan pelbagai spesies dan warna dari dalam dan luar negara, termasuk 10,000 pokok orkid bakal dipamerkan pada festival kali ini.
Penganjuran kali ke-12 ini akan membawa tema ‘Floria Hebat’ di mana bunga Orkid dipilih sebagai bunga tema festival.
Antara tarikan utama yang menanti pengunjung termasuklah Karoemt Merah atau Sky Walk yang menjadi laluan utama ke Floria, Gemerlapan Floria, Clock Meadow, Wall of Orchids, Taman ‘Glow in the Dark’, Floral Pavilion serta Pertunjukkan Orkid VIP.
Paling best, Gemerlapan Floria juga akan membawa satu pengalaman baharu dengan beberapa laluan dan tapak akan dihujani dengan limpahan cahaya berwarna-warni yang dijangka menarik lebih ramai pengunjung pada waktu malam.
Royal Floria Putrajaya 2022 menyasarkan kehadiran lebih 500,000 pengunjung.
Anjung Floria kini telah ditransformasikan sebagai sebuah kawasan bertaman sepanjang tahun dengan pelbagai komponen menarik seperti Taman Persahabatan Malaysia-China, Taman Fantasi, Bustan Inggeris dan Persisiran Heliconia.
Selain itu, di Anjung Floria sendiri terdapat tarikan baharu iaitu Pantai Floria.
Di sini terdapat pelbagai aktiviti disediakan seperti aktiviti berbasikal, berkelah, bermain di pantai, mandi-manda di Pantai Floria, memancing, berkayak, dan santai sambil menikmati hidangan di kafe-kafe disisiran tasik.
Pengunjung juga boleh membeli pokok di Garden Shop. Kawasan ini sangat sesuai untuk keluarga dan mereka yang suka OOTD sambil merakam memori indah berekreasi bersama keluarga di Putrajaya.
Jadi, save the date!
Ayuh mudah carakan pembelian tiket masuk ke Floria DiRaja Putrajaya supaya anda tidak perlu beratur panjang nanti.
Imbas QR code di poster bawah ini dan dapatkan tiket masuk ke Floria DiRaja Putrajaya 2022 atau klik link ini https://floria.putrajaya.my